ikon twitter


Tuesday 24 December 2013

suddenly rindu kat dia yang bukan milik aku

assalamualaikum. bian. cheongmal mianhae.
awww~ si blogger dah mula cakap korea. adakah entry ini berkaitan dengan korea? No No No. hahaha, dah macam lagu APink pulak. >.< 

firstly, sorry my baby boo..sorry sebab dah lama tak masuk dan hupdate semua entry. serius, sem paling teruk yang pernah aku lalui. menyakitkan, meletihkan. penuh dengan assignment, sampai week 14 langsung tak sempat nak discuss dengan lecturer soalan apa yang akan keluar final nanti. :/ takut weyy, takut tak ready. pastu week 14 laa minggu budak-budak fakulti aku tak cukup tidur. g kelas dengan muka panda/zombi dorang. termasuk aku. =.=

second, baru kita masuk main point entry aku nie ye? >.< 
topik di sini adalah RINDU. rindu kat manusia yang tak pernah tahu akan hadirnya dan wujudnya perasaan aku nie kat dia. haha. bila mula? aku rasa tak perlu laa kot nak bagitahu. haha. nak tengok gambar dia? hehe. kat bawah nanti aku bagi tengok ye. sabar boleh? :) gitewww~ feeling nie..dah lama..laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaamaaa sangat. hahahaha. aku dengan Nad suka panggil dia Lanjik. haha. bila kitorang sebut lanjik, takde pun yang tahu siapa dia. kecuali kawan-kawan yang rapat dengan aku dan tahu pasal dia je. :) dalam tempoh perasaan nie mengembang, aku pernah rasa happy, excited, over-excited, sedih, frust. haha. "perlu ke sampai frust? kau takde apa-apa lagi kot dengan dia tu." haha. sesiapa yang pernah crush kat seseorang tu, aku rasa mesti korang tahu the exact feeling I had, right? aku sampai pernah termarah Nad kot pasal kisah "frust" tu. sorry Nad, aku bukan sengaja nak marah kat kau. aku just sedih. kau lain. kau dah ada Kimi. aku takde sesiapa. huhu. mesti korang sedih kan tengok orang yang korang suka keluar dengan minah/mamat lain sedangkan dia tu bukan pakwe/makwe korang pun. korang maybe setakat sedih je kot, aku sampai frust. pagi tu aku dah boleh happy2 dapat jumpa dia, tegur dia. gurau dengan dia. petang tu masa balik kolej, boleh pulak aku nampak dia berdua dengan minah tu. weyyy. orang kat sebelah aku perasan kot airmuka aku berubah masa tu. bhahahaha. cerita macam dia tu pakwe aku je. haha. tapi, tak kisah laa. suka hati aku ah kan nak tulis apa pun, nie blog aku. tak suka boleh blah. :) aku taknak jadi hipokrit. 

anyway, enough with that sad+frust story of mine. nie aku nak upload sikit gambar. :) gambar aku dengan coursemate aku masa birthday Dr. Novia. lecturer software design aku. and of course aku tak lupa, gambar aku dengan Lanjik. :))))
this one was when Daniel as our class representative, gave the present to Dr. Novia
gambar budak-budak kelas aku. :)

kitorang lagi. hehe

ya, I love this one the most. sebab aku dengan Nad tengah tunjuk kat muka Daniel, big boss group assignment aku. XD


haha. nak ambik gambar dengan dia nie susah, hotsetuff kolej laa katakan. tapi tak ready lagi masa nie, tu yang jadi candid picture. haha.

this one is my adik-beradik angkat masa g program homestay kat SB hari tu. Nurul, Yus, Salwa, aku dan Nad. :)

again, aku dan Lanjik tengah makan aiskrim. and accidenatally, aiskrim kitorang sama perisa. haha. 

lastly, nie je laa budak-budak SE yang ikut program homestay kat SB tu.  abaikan aku, matahari terik sangat, xleh nak bukak mata. huhu

yessssssssss, sekian itu sahaja dari aku kali ini ye. hope korang jumpa siapa yang aku maksudkan tu. hehe.
sekian, terima kasih. 
assalamualaikum.

Thursday 5 December 2013

maafkan diri ini

assalamualaikum. :)

tetiba hari nie aku TER-emo sikit. bukan terasa, tapi entah laa. mood tengah tak stabil nie. hampir 2 minggu jugak laa, aku ulang-alik dari bilik aku ke bilik member aku tu. aku nak mintak maaf kat roommates aku, bukan aku nak larikan diri dari bilik ke apa. aku pergi sana sebab nak buat kerja. assignment. member aku tu boleh je datang bilik aku buat kerja, tapi dia takde laptop. dia buat kerja guna PC dia je. and PC dia tu kat bilik dia, so aku takde cara lain melainkan bermalam kat bilik dia. situasi aku di sini bukan bermaksud selama hampir 2 minggu tu aku bermalam kat bilik dia, aku selang beberapa malam baru pergi bilik dia. serius, aku pergi bilik dia untuk buat kerja je. aku minta maaf sangat2 kat roommates aku, aku takut dorang kecik hati dengan attitude aku yang macam tu. selalu bermalam kat bilik orang. mak aku selalu pesan kat anak-anak dia, kalau kat tempat orang, jauh dari keluarga..first thing first is jaga hati roommates. sebab tu aku pergi minta maaf kat roommates aku tadi. aku risau dorang terasa. aku tahu dorang cuma bergurau, tapi dalam hati Tuhan je yang tahu apa dorang rasa kan? so, aku pergi laa minta maaf awal2. :/ aku sayang dorang, sebab tu aku taknak dorang terasa walau sedikit pun dengan perbuatan aku tu.

hmm, sekian entry pendek dari aku kali nie. :)
assalamualaikum.

Friday 29 November 2013

untuk kau yang tengah bahagia bersama si dia :)

assalamualaikum. yes, post nie memang untuk kau pun. tak perlu aku bagitahu nama kan? kalau kau terbaca nie mesti kau tahu orang yang aku maksudkan itu adalah kau. kau yang pernah aku sayang. haha. sekarang kita hanya "strangers with memories" je. maybe aku boleh katakan kita nie awkward friends. xyah nak memanjangkan entry laa kan. aku straight to the point je k?

lately aku sense something fishy kat timeline twitter aku, tweets between kau dengan sorang minah tu. emm, aku malas nak mention nama minah tu. rasanya kau lebih tahu siapa minah tu dari aku kan? :) senyuman tak lekang dek bibir aku. alhamdulillah, kau dah bertemu dengan mangsa hati kau yang baru. cemburu? tak mungkin. aku malah gembira lagi ada laa. aku nampak kau happy je dengan dia. opsss! sorry, aku terstalk minah tu punya tweet. bhahahahaha! twitter dia je laa aku stalk, kau punya..errr..sorry, jangan perasan eh? aku tak stalk kau pun. tak pernah dah since 2/9/2013. :D sebab aku pun semakin gembira dengan life aku sekarang, alhamdulillah. cuma satu tu je aku nak pesan kat kau, jaga hati dia baik-baik. hargai dia. buang sikit ego kau tu, luangkan masa dengan dia. share masalah sama-sama. jangan biar dia sorang-sorang. errr, aku rasa masa kau dengan dia lagi banyak kot banding masa kau dengan aku dulu. haha. apa-apa pun, aku doakan kau berubah dan bahagia dengan dia. semoga korang kekal lama. :)

sekian entry aku kali nie. #sorrylamatakjengukblog
assalamualaikum.

Thursday 24 October 2013

Apple Tree

Girl
Are like apple
On trees. The best ones
Are at the top of thtrees.
The boys don’t want to reach
For the good one because they
Are afraid of falling and getting hurt
Instead, they just get the rotteapples
From the ground that aren’t good.
But easy, so the apples at the top think
Something wrong with them. When in
Reality, they’re amazing. They just
Have to wait for the right boy to
Come along, the one
That brave enough
To climb all
The way
To the top
Of the tree.

Tuesday 22 October 2013

jangan jadi hipokrit boleh tak?

aku tahu niat kau baik
nak menegur orang
perbaiki kesilapan diri
tapi kau sedar tak?
benda yang kau cakap tu
memakan diri kau sendiri?

tanpa kau sedari
kau sendiri melakukan benda yang kau taknak
mengata dulang paku serpih
mangata orang dia yang lebih
itu pepatah yang tersangat sesuai
untuk manusia-manusia macam kau. 

cakap benda tu mahal
tapi beli juga.
untunglah jadi orang kaya kan?
nak apa, dapat terus. 
cuba bersederhana sikit dalam hidup
fokus pada yang perlu saja,
kehendak tu tolak tepi.

aku tak suka orang yang tahu simpati saja
tapi tak faham apa itu empati. 

bukan puisi yang puitis, cuma luahan yang sinis. bila dah bosan sangat, aku tulis je apa yang terlintas kat kepala aku. biar santai. aku suka post benda random. kalau ada yang terasa, fikir-fikirkanlah. renung-renungkanlah ye? :) kalau korang rasa ianya benda positive, keep and remind it to yourself often. tapi kalau kau rasa ianya benda negative, hiraukan je pasal benda nie. aku tak rugi sesen pun kalau korang abaikan. haha.

Sekian, Asslamualaikum.

Friday 11 October 2013

aku pernah dengar..

aku pernah dengar orang kata "semakin kita benci dia, semakin kita sayangkan dia." dan ada juga mengatakan benda yang sama, tapi dalam ayat yang berbeza. "besar mana kau bencikan orang tu, besar tu laa kau sayang orang tu." kan? that's true!

muka aku. motif? saja letak macam tu. haha!
semalam, aku pergi bilik member aku dan dia bagi aku baca buku "Kitab Terfaktab: Nakal Tapi Halal". aku tak pernah dengar pun kewujudan buku nie. siapa penulis dan penerbitnya pun aku tak tahu. member aku cakap, kisah dalam tu best. penulisnya terdiri dari blogger dan lain2. penulisannya santai je. aku tertarik nak baca. then, aku baca satu cerita. hmm, it's a true story based on the writer's experience about love. rasa macam aku nak beli je buku tu. haha. cerita tu rasanya betul2 kena dengan aku. >.<

kisah yang aku baca tu lebih kurang macam intro aku nie laa. >.< sometimes, aku perlu luahkan apa yang aku rasa. dah sebulan lebih putus dengan dia. rasa sayang tu takde dah, cinta? hmm. lagi laa takde. rasa sakit je yang masih berbekas sampai sekarang nie. mungkin aku terlalu sayangkan dia kot dulu, sebab tu apa2 je yang aku nampak berkaitan dengan dia, aku jadi sakit hati. benci. aku rasa member2 yang selalu dengan aku pun tahu betapa sakitnya aku bila nampak benda yang berkait dengan dia tu. sedangkan benda tu benda biasa je. small thing kot, tapi aku dah rupa macam nak sakit jiwa. ohmy. bila aku lalu kolej dia, nampak budak2 kolej dia, aku jadi benci nak tengok. padahal dorang xde kaitan pun dengan mamat poyo tu. kenal pun tak. asal ah? serius, even tengok tweet2 dia, status/gambar fb dia pun aku jadi sakit hati. bongok laa weyy. buat apa aku nak ingat kat orang yang tak pernah nak hargai kehadiran aku dulu, gunakan aku untuk kepentingan diri sendiri je, hah? EH, HELLO MISTER!!! SERIUS AKU BENCI KAU! BOLEH TAK JANGAN MUNCUL LAGI DALAM KOTAK FIKIRAN AKU?

tahu tak, asal aku teringat kat benda2 lepas, dada aku sesak weyy. SAKIT!! ya, mungkin kau player malaya. tapi ingat, perasaan perempuan bukan untuk dipermainkan. bagai bola yang dilantunkan ke sana ke sini. mungkin kau tak pernah rasa apa yang kitorang rasa, sebab tu kau keep on doing that stupid thing. we're not a tissue paper for you to use and throw it when you're done using it. WE'RE HUMAN BEING. WITH MIND AND FEELINGS. STOP MESSING WITH US!

please. Allah bagi kita perasaan untuk kita saling sayang menyayangi. kasih mengasihi antara satu sama lain. bukan untuk dipermainkan. aku tahu, niat kau nak berubah, niat kau nak setia. but jangan cakap je, buat. tunjukkan. kalau kau nak berubah, usaha sungguh-sungguh. stop it kalau kau masih dengan perangai buaya kau tu. cukuplah aku yang terakhir kau buat macam tu, aku taknak ada kaum hawa yang jadi mangsa permainan kau lagi nanti. cukuplah. aku doakan semoga kau berubah. aku cuba untuk tak membenci kau, sebab aku pernah sayangkan kau.

sekian, assalamualaikum.

Tuesday 24 September 2013

nothing to display. =.=ll

aku gelak
aku ketawa
hingga terlupa dunia seketika

ya
itulah aku semalam
duniaku hanya ada aku dan hidupku
dimanakah Tuhanku?
aku bagaikan terlupa 
wujudnya Sang Pencipta
yang Maha Kuasa
yang Maha Mengetahui

namun hari ini aku sedar
aku bukanlah sesiapa
tanpa Dia yang Esa
tanpa Dia yang Satu

kerana Dia aku masih bernafas di atas muka bumi ini
kerana Dia aku masih bisa melihat alam pinjaman ini
kerana Dia aku masih mampu kembali ke jalanNya

bila ada yang tertawa, pasti akan ada yang menangis. begitulah besarnya kuasa Allah. Allah buat kita gembira hingga tak ingat apa pun, dan kemudian Dia juga yang buat kita menangis. kenapa eh? kenapa dia buat kita nangis? sebab dia nak jadikan kita lebih tabah bila ditimpa ujian. sebab Dia nak kita ingat kat Dia. bila ada masalah, luah kat Dia dulu. mohon doa kat dia. minta permudahkan urusan kita kat dunia sementara ini. insaf dan taubat. ingatlah, bila kita susah, xde yang nak dengar luahan hati kita, jangan lupa Allah itu Maha Mendengar. ceritalah kat Dia, insyaAllah lambat atau cepat Dia pasti akan bantu kita. begitu juga kalau kita gembira, jangan nak gembira dan gelak sakan. ucaplah Alhamdulillah. bersyukur kerana kita masih berpeluang untuk gelak. kita memang tengah gelak sakan, tapi orang kat sana siapa tahu mungkin dia tengah bersedih ke. ditimpa kesusahan ke. sebolehnya, doakanlah untuk mereka. bukan hanya mendengar dan melihatnya sahaja.

sekian.
assalamualaikum.

Wednesday 18 September 2013

Kenalan Twitter 2.0

assalamualaikum. huehhh. lama aku tak masuk blog aku. surely aku rindu blog nie. :) hehe. alhamdulillah, the blogger is still in a good health. I really hope kisah baru aku nie dapat tarik perhatian korang balik untuk selalu jenguk blog simple aku nie. baru tu xde laa baru sangat, sebab watak2 yang berkaitan semua adalah kenalan lama. lama ke? hmm. ikut je laa kisah aku nie ye? >.< 

nampak x tajuk entri aku tuh? hehe. why '2.0'? sebab ini macam kesinambungan kepada entri aku yang bertajuk 'Kenalan Twitter' tu dulu. itu pun kalau korang ada baca laa. x baca lagi? okey. entri yang tu aku buat since last year lagi.. >.< baca laa eh. hihi.

okey, aku mulakan cerita eh. aku dengan member aku nie, si kenalan twitter aku nie laa..dah kenal hampir setahun..itupun kenal dalam alam maya je. dia kira kawan tweet aku laa.  memang selalu tweet dengan dia, lagi2 pasal running man. haha. kitorang kan peminat tegar running man. merong~ dalam tempoh perkenalan nie, kitorang tak pernah jumpa tau. tak pernah bersemuka. kenal muka dia pun dari gambar2 kat mukabuku, twitter. serius tak tipu. pernah juga plan nak jumpa tapi tak pernah jadi. belum masa lagi kot. then, suddenly masa cuti tu aku baru je buat instagram. so aku follow laa dia and he follow back me. :) few days later, dia text aku. tanya khabar and tanya pasal insta aku. haha. terkejut kot, aku kan selama nie tak pernah ada insta. bila tiba-tiba ada dan follow dia tu, agak terkejut juga laa reaksi dia kan. aku story laa kat dia macam mana aku boleh terniat nak buat insta tu. pastu, story punya story. dia tanya aku ''noona apa cer sekarang?" and aku jawab laa. "aku macam biasa, dah nak balik upm nie hati macam berat nak tinggalkan rumah. lagi2 dengan keadaan ayah aku yang tak sihat tu." pastu dia cakap, "oh ya, noona nak balik upm dah. bila flight? kali nie awal pagi juga ke?" haha. aku selalu flight balik sana memang pukul 7 pagi. awal kan? haha. awal gila namanya. XD aku pun bagitahu laa kat dia, kali nie flight aku pagi juga. tapi xde laa pagi sangat macam pukul 7 tu. flight aku pukul 11. dia pun cakap, "boleh jumpa kalau macam tu! hooray! haha." haha. dia nak jumpa aku. >.< aku okey je kalau nak jumpa dia. yelah, dah lama kenal, takkan xnak jumpa kan? bersemuka. at least jumpa laa sekali. 

cerita berkembang ke hari kejadian. hari kejadian? haha. hari aku balik semenanjung laa. masa aku otw pergi airport tu, tetiba hp aku bunyi. tanda ada text masuk laa. aku baca, dia rupanya yang hantar. "salam. hari nie kan flight noona balik? dah sampai airport?" aku bagitahu laa kat dia, aku still x sampai lagi kat airport. pastu dia cakap, "oh, ingat dah sampai. :O mak hantar ke?" aku bagitahu laa "tak. makcik dengan pakcik aku yang hantar. why? nak jumpa ke?" "haha! kalau sempat jumpa sekejap. ;)" "boleh je kalau nak jumpa. :)" pastu, kitorang texting je laa. lepas tu, dia pun pergi laa airport.

masa tu, aku sampai airport dulu. lebih kurang 5 minit macam tu, dia pulak sampai. macam mana aku tahu dia sampai? sebab dia sampai je terus call aku. jadi aku tahu laa. hehe. kebetulan hari tu, aku pakai baju biru tua+tudung biru muda, seluar slack hitam. then, masa call tu aku tanya laa. "dah sampai ke? pakai baju warna apa?" dia jawab. "dah dah. noona kat mana? saya pakai baju biru." "biru? siapa pakai biru? kau ke aku?" "saya laa. emm, jacket biru." "kat mana? tak nampak pun." "belakang. noona pusing belakang." aku pun pusing laa belakang, nampak lelaki pegang hp pakai jacket biru. 

okey. for the first moment, first time jumpa dia. I was a bit speechless. not totally laa, ada juga cakap. tapi x banyak. sikit. tapi after 5 minute macam tu, okey dah. tu pun nasib laa dia mulakan conversation tu. kalau tak, hmm. memang diam je laa sampai aku nak masuk balai pelepasan tu. haha! weyy, serius tak sangka baju dan seluar kitorang matching. haha. biru+hitam giteww. aww~ >.< 

then, about setengah jam jugak laa jumpa dan borak dengan dia. tu pun bagi aku rasa macam berjam-jam dah cakap dengan dia. padahal sejam pun tak sampai kot. haha! pastu dia pun balik laa, aku pulak dengan member aku yang sorang lagi tu, member yang balik sekali dengan aku laa maksud aku. hehe.  kitorang pun masuk laa balai pelepasan tu. tetiba aku dapat text dari dia lagi. teeheee~ :) belum baca aku dah senyum. haha. agak-agak lepas baca aku jadi macam mana pulak eh? bhahahaha! "have a safe trip noona! suara noona dah x garau laa. hahahaha." haha! aku gelak laa lepas baca tu. dulu masa first time otp dengan dia, dia siap cakap suara aku tak macam perempuan kot. garau. erghhh! stress. emm, sebab tu laa kot dia cakap suara aku tak garau dah. =.=|| 

lepas je kejadian tu, kitorang rapat balik macam dulu. macam yang sebelum aku couple dengan mr.I laa. rapat tweeting, fb-ing. haha. but mostly pasal running man laa. lagi2 pasal monday couple. haha. like I said before, he had a good sense of humor and sweet talker sometimes. hahaha. kejap eh, aku nak upload gambar printscreen tweet kitorang tengahari tadi. >.< 

that single tweet really change my mood for the whole day today.



Thursday 12 September 2013

entah kenapa

entah kenapa tiba-tiba aku rasa sunyi sangat. sedangkan aku punya ramai kawan. kawan sejak tadika, hinggalah ke IPTA. kawan alam maya juga ramai, tapi semuanya kawan suka aku. waktu duka? Allah saja yang tahu. nak diluah, aku rasa dah banyak kali aku luah kat kawan-kawan aku. alhamdulillah, ada juga yang bagi feedback. ada yang bagi nasihat. jangan buat itu, jangan buat ini, teruskan yang baik, hentikan yang tak elok. kadang-kadang tu, aku tak mampu dah nak luah. mungkin ada yang perasan, mungkin juga takde. perubahan air muka mempamerkan segalanya. tapi tak semua riak wajah itu adalah yang sebenarnya. kadang-kadang, gelak tawa itulah penutup kesedihan hati kita. kita kesunyian tapi sentiasa tersenyum. sebab apa? sebab kita taknak orang lain susah hati pasal kita, risaukan kita.

aku sunyi bukan sebab dia. memang, aku dan dia dah takde apa-apa hubungan melainkan seorang sahabat. tapi aku takde laa sedih sangat. dah takde jodoh, buat apa kita nak paksa kan? Allah dah janji yang terbaik buat kita. :) aku sedih sebab aku pun tak tahu. aku rasa macam aku dah berubah. aku tak tahu. tapi aku bagaikan tahu apa yang bermain di fikiran kawan-kawan aku. aku xde siapa nak luahkan semua nie, so ini saja laa tempat untuk aku blow out everything.

"aku mungkin punya ramai kawan, tapi hakikatnya aku kesunyian." - @pipipororo

Tuesday 20 August 2013

sakit

aku tahu dia xkan bukak dah blog nie. blog dia pun dia dah x update kot. xkisah laa apa dia nak cakap lagi. aku sakit. physically not, but emotionally yes. hati aku sakit everytime dia tweet. xtahu kenapa. aku dah jarang stalk twitter dia, sebab aku nak avoid daripada hati aku sakit. bila dia like/komen kat status/gambar fb aku, aku rasa confuse. happy but in the same time sakit. aku rasa sakit bila dia ignore aku. ignore text aku hari tu. since the day dia ignore texts yang aku hantar, tweet yang aku taip, aku cuba nak lupakan dia. aku cuba buang perasaan yang pernah ada untuk dia. tapi xboleh. aku x sama dengan perempuan lain yang boleh luahkan apa dia rasa directly to that person. I'm not. aku dah cuba nak luahkan kat dia, but still..I can't..aku just dapat luahkan kat sini. Sungguh aku sakit. hati aku sakit bila ingat dia. dan aku penat merinduinya yang dulu. dia yang selalu buat aku gelak x kira masa aku sedih, marah atau kecewa. mungkinkah aku ego? ada orang pernah cakap, sebagai seorang perempuan kena ada egonya tersendiri. xsalah kan kalau aku ego? =.=

mak aku tahu pasal aku dengan dia, pernah hari tu aku tanya mak..''mak suka x saya berkawan dengan dia?" mak cakap, "mak x pernah larang kau nak berkawan dengan siapa pun. kau dah besar, tahu menilai seseorang tu. so, pandai2 laa kau nilai dia. asalkan tahu jaga batas pergaulan." and I became speechless. aku akan cuba tabahkan hati aku. Ya Allah, aku mohon..kau dekatkanlah aku denganmu..hilangkan rasa sakit ini..aku tak sanggup terluka lagi..

entri yang agak sedih dari aku. 
sekian.
Assalammualaikum.

Thursday 15 August 2013

huehhhhh >.< MISSLIST?!

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Aidifitri. Maaf Zahir dan Batin. Kepada semua pembaca, pengikut blog aku..kat sini aku nak minta maaf andai pernah terbuat salah silap dengan korang. tertulis tentang sesuatu yang menyinggung perasaan korang dalam aku sedar mahupun sebaliknya. dan aku nak minta maaf juga kalau bahasa aku nie kasar sangat sampai korang tak selesa. nak buat macam mana juga kan? dah aku suka macam nie. haha! >.< #sorrylambatwish

huehhhhh~ bunyi macam mengantuk je kan baca? sorry laa, lately nie xde cerita best nak share dengan korang. raya aku tahun nie pun x berapa best sebab ayah aku sakit. korang doakan dia cepat sembuh eh? terima kasih. ;) but still..bergambar memang hobi aku. haha. aku rasa, hobi semua orang kot. >.< Jom, tengok gambar yang aku upload nie. ;)

nana and me

nana, hariz (cousin), me
 
nie gambar favourite aku dengan adik aku. >.< #buatmukabetul

susah juga nak ambik gambar masa nie, sebab susah nak imbangkan badan. tu masalahnya. haha! #pahampahamjelah

hmm, gambar satu family xde. sebabnya rahsia. huhu. insyaAllah, kalau umur panjang tahun depan ada laa kot gambar family. ;) btw, kat sini aku nak bagitahu kat pembaca dan pengikut blog aku nie yang aku rindu budak2 kat list bawah nie. >.<

1. Noor Wann Sherlyana (bestfriend aku dari sekolah lagi)
2. Mr. 456 (A.K.A Mr. I tuh, xleh nak tulis nama penuh dia. >.<)
3. Nurul Rifqah (besties aku kat upm)
4. Siti Nadirah (besties aku kat upm juga. budak nie manja sangat kalau korang nak tahu. hehe.)
5. Nurul Afiqah (besties kat kolej aku, tapi aku biasa panggil dia afi.)
6. Noorazreen (another besties aku, aku panggil dia Ajin)
7. Nik Zuriatiy (besties lagi >.<)
8. Rima (roommate lama kat matrik dulu)
9. semua budak-budak SE yang rapat dengan aku, xkira lelaki ke perempuan. >.<
10. semua budak-budak ex-CP4T16 2011/2012, terutamanya Hazirah Rahah dan Marjorie Entela. >.<
11. semua budak-budak ex-4/5 Azam SMSA batch 2009/2010, terutamanya Amira Aisyah, Carine, Athirah, Elvy dan Hafiz Azwan. budak Hafiz nie dah x ingat aku kot, padahal dulu kat sekolah, dialah yang paling paham aku. nampak je aku sorang2 buat kerja, tahulah dia yang aku nie ada masalah. >.< rindu budak tu. hehe.
12. Ainnur Farahanis (kembar aku, hehe. dah lama aku x tweet dengan dia taw)

bukan wishlist nie, dah jadi MISSLIST dah nie. haha! banyak kan orang yang aku rindu? hihi. entah dorang nie ada rindu aku ke tak. kot-kot aku je yang terhegeh-hegeh rindukan dorang. kesian aku. =.=||

okey ah, setakat nie je entry aku. see you on the next entry. ;)
babai.
Sekian, Assalamualaikum.

Wednesday 19 June 2013

sekali lagi...

assalamualaikum...untuk kesekian kalinya aku kembali ke sini. haha. salam rindu buat semua pembacaku. dah berhabuk aku tengok blog kesayangan aku nie. hmm. sorry baby. aku busy sikit untuk final exam sem nie. bukan busy study je taw, busy b'drama/movie marathon pun ada. hah! tang ini mana boleh lupa babe, me-runningman-kan diri. OPPSSS!!! sorry Mr. I...aku pinjam ayat kau nie. >.< hope you don't mind sayang. ;) aku xleh study sangat kalau ada lappy nie depan mata. ada je nak dibukak, di tonton oleh aku. even yang dah pernah tengok pun aku repeat lagi tonton. =.=|| 

ya, sekali lagi aku menghadapi study week before final exam, sekali lagi duduk exam kat dalam dewan exam *ayat je dewan, tapi semua buat kat bilik seminar/kuliah..huhu* jawab paper. hmm. exam yang paling teruk kot untuk aku. kalau result aku x okey sem nie, semua salah aku x study betul2. pastu kena salahkan lappy juga. eh? haha! sebab kalau lappy ada, ingat nak online je, tengok movie laa, drama laa, running man laa. semua nak ditengok. ERGHHHH!!! stress aku dengan benda nie. tapi bila xde lappy kesayangan aku nie, xleh buat kerja pulak aku. assignment semua perlukan lappy nie. hmm. semua benda ada pros and contras dia kan? so, salah siapa??! salah sendiri x set niat betul2. xpe, aku cuba buat sehabis baik untuk last 2 papers aku nie. FIGHTING!!!

iya, sekali lagi aku rasa x sabar nak balik rumah! balik sabah! hehe. rindu sangat2 kat family aku. rindu kat nenek, bapa, mak, adik2, akim, alim, meimei, qaqa. semua laa! bestfriend aku, Wan pun xkan aku lupakan. hehe. kena juga jumpa dorang nie nanti. balik bawak kain raya juga taw, nak mintak makcik aku jahitkan untuk aku. btw, tahun nie family aku x tetapkan warna tema untuk baju raya kitorang. mak kata, "suka hati korang laa nak guna warna apa. tahun nie kita kalerful." haha! kalerful tuh! >.< at first, aku nak beli kain warna biru turqoise atau coklat. tapi bila dah sampai kat kedai kain hari tu, hmm. konfius aku weyy. banyak sangat pilihan. sampai terpilih dan tersuka warna lain. aku terpilih 2 kain yang secara kebetulannya, dua2 kain tu bercorak bunga PINK!!! hoho. warna yang x pernah aku nak minat.*kecuali masa kecik laa*...=.=|| setelah meneliti warna, jenis kain, corak bunga semua, aku pun belilah dua2 kain tu. dan seharian tu sampai laa ke bilik, dah terbayangkan raya tahun nie pink-pink laa aku. haha! aku tersuka pink!!! >.< konfem adik aku gelak kat aku nanti. arghhhh! persetankan dengan semuanya! janji aku suka kain aku tu, dan kelainan akan berlaku keatas aku raya tahun nie. insyaAllah. >.< xpe xpe, yang penting sekarang AKU NAK BALIK!!!

dan sekali lagi aku rasa rindu kat kau Mr. I. sangat-sangat rindu. walaupun dah jumpa lepas jawab first paper hari tu. eh? haha. tapi masih lagi rindukan kau. btw, kitorang jumpa pun sebab nak ambik barang kiriman je. x lama pun. tapi alhamdulillah. terubat rindu. hehe. dengar gelak tawa kau, tengok senyuman kau yang boleh buat aku melt for a moment. sangat indah bila dikenang kembali. aku akhirnya pun turut tersenyum dan tergelak dengan perangai kau masa tu. sesuka hati kau je buat muka annoying tu depan aku, kan? tapi xpe, aku suka. ;) haha. dengar pulak cerita kau yang x pernah nak membosankan aku.*cuma aku je yang selalu membosankan kau, kan?* ya, aku terhibur sayang. ;) terima kasih sebab hadir dalam hidup aku untuk seketika ini. semoga Allah panjangkan masa untuk aku bersama kau. jaga kesihatan diri taw, mungkin kita x lagi akan berjumpa sehingga laa sem depan. cuti kan? so masing2 kat rumah masing2. xleh jumpa melainkan Allah dah rancang semua tu untuk kita. =)

ermmmm..rasanya..aku nak selitkan laa gambar2 aku yang latest..walaupun ianya bukan gambar baru..semua gambar lama..*dua tiga bulan lepas punya gambar*...boleh kan? hehe. sorry. aku x cantik, x comel, x perfect. tapi aku tetap bersyukur. =) Alhamdulillah.

nie masa projek mega baksis, dah lupa laa kenapa aku malu nie. huhu.

so, which one do you prefer? >.<



ala2 gwiyomi gitu. tapi macam b'terabur aku tengok. haha. XD

with dayah and afi. ;)

alamak, dayah tutup mata laa pulak. kyaaa~

with the budak2 MTM baru untuk sem depan. >.<

nie dia, rumet aku. kak zilah. =)


again, afi interrupt. haha. one of my besties here. ;)
last class. statistics. coursemates. prof azmi. =)

another from dayah's phone.

another last class picture. >.< konfem rindukan prof lepas nie. ;)

with the pakcik gerak khas. hah!

cukup! haha. dah banyak aku rasa nie gambar aku dengan member2 aku. >.< yeahh. sem dua buat aku dah hampir tamat dan akan tamat setelah 2 paper terakhir kami selamat aku jawab nanti. huhu. doakan aku ya. ;) sayang korang semua. *gedik pulak tetiba.* hehe.

Sekian, Assalamualaikum. *menguappp..ngantuk dah nie..*

Saturday 25 May 2013

and I called it a day!

a day to remember...
yeah! a day for me to remember for the whole of life. ^,^ nak dijadikan cerita, petang tadi masa aku tengah online, tweeting...mamat yang aku gelar mr. I tu tweet aku..tanya aku "petang nie busy x? jom tengok wayang!" wowowow! dia ajak aku keluar weyy! haha! happy moment ever! aku pun cakap laa, "aku x busy..pukul berapa nak keluar?" "sekarang laa..g siap cepat.." hah! sepantas kilat aku g bersiap. perut yang tengah lapar pun aku biar je demi nak keluar dengan dia. jarang taw kitorang dapat keluar sama2 nie. seriously, aku sangat2 happy masa tu. >.< 


I'm going on a date! >.<


jyeahhh! I'm damn happy! aku rasa first date kot? hehe. ;) then, kitorang pun keluar laa. dia sebenarnya nak ajak aku tengok wayang "Fast and Furious 6". dah lama dia tunggu nak tengok movie nie, since bulan March tu lagi. nie dia yang bagitahu kat aku laa. aku x kisah sangat movie apa nak tengok asalkan aku dengan dia. hehe. sepatutnya, khamis hari tu lagi dia nak tengok..tapi x jadi sebab aku suh dia selesaikan kerja2 yang ada tu dulu. for his own goodness juga kan? so, dia ajak laa aku tengok sekali dengan dia hari nie. sampai kat mall tu tadi, kitorang g beli tiket. kira nak tengok yang pukul 4pm punya, sekali tengok tiket masa tu SOLD OUT! so, terpaksa beli tiket pukul 6.05pm punya. aku cakap laa, "kau kan dah lama tunggu nak tengok movie nie..disebabkan aku x bagi kau keluar khamis hari tu, so hari nie aku akan temankan juga kau tengok movie nie. x kisah laa pukul berapa." =) so, dia pun pergi laa beli tiket tu. yeah, dia belanja. thanks syg!

after beli tiket, dia pun ajak laa aku g makan! "hari tu kau kata nak makan lasagna kan? jomlah, aku belanja! tapi kau cari tempat tu k?" "okey! =)" jyeahhhh! dapat makan lasagna! haha. so, aku pun bawak laa dia pergi restoran tu. tapi buat malu sendiri je, aku lupa kat mana restoran tu. pastu dia tanya, "cuba bagitahu aku restoran apa kau nak pergi nie?" "restoran SFP." laa, rupanya dia tahu tempat tu, tapi x pernah masuk laa. sebabnya dia dah hafal nama2 tempat kat mall tu. haha! then, kitorang pun makan laa. eh? silap! aku je makan, dia minum je sebab dah kenyang katanya. >.< x kisah laa, janji aku makan. lapar weyy! habis je makan, kitorang ada lagi 1 jam 30 minit before the movie start. then, aku tanya laa. "lepas nie kita nak g mana?""kita g karaoke laa..nak x?" "hmm, aku okey je." =) one hour juga laa karaoke. tapi dia je yang nyanyi, aku jadi audience dia masa tu. hehe. suka dengar dia nyanyi taw. suara dia best!

tadaaa~ nie laa movie yang kitorang tengok tadi. >.<

seriously, aku memang x minat movie nie. tapi bila tengok tadi, perghhh! gempak giler movie nie. x berbaloi ikut dia tengok sekali taw. hehe. korang pergilah tengok eh kalau ada masa nanti? =) and so, just like that I called it a day! a day for me to remember! thank you so much sayang, for the memory you gave me today! I'll promise you that I will never ever ever gonna forget it. and I hope the same goes to you. ;)

sekian entry happy dari aku untuk korang. 
Assalamualaikum!

Thursday 23 May 2013

R I N D U

assalamualaikum. rindu. rindu. rindu. aku rindu dengan bapa aku, mak, adik-adik, keluarga dan member2 aku kat sabah. YES, aku rindu mereka semua. >.< nak taw satu cerita, hari tu aku xde kelas pagi. so kerja aku bila xde kelas nie memang mostly akan menghadap lappy je laa. then, pagi tu aku layan youtube. sebab wifi tengah sayang aku, and aku dapat tengok video tanpa buffering. haha! best kan? =) then, aku tetiba nak layan lagu 月亮代表我的心 (Yuèliàng dàibiǎo wǒ de xīn.) tajuk lagu nie n english is "the moon represents my heart". lagu nie dinyanyikan oleh Teresa Teng. bila dengar je lagu nie, confirm aku akan teringat kat bapa aku. sebabnya, kalau kat rumah..bila tengah duduk santai2 dengan bapa aku, datang mood dia nak nyanyi lagu cina, confirm agu nie dia akan nyanyi. so, bila aku dengar je lagu nie, terus aku akan ingat kat bapa aku. =) aku membesar dengan lagu2 macam nie laa. lagi satu, lagu Teresa Teng yang aku suka sangat dengar adalah 甜蜜蜜(Tiánmì mì) yang bermaksud "sweet as honey". yang nie pula makcik aku selalu nyanyi. so this song will make me remember her. =) 

masa tu aku terus laa call dorang, but x dapat. dorang x jawab pun call aku. okey, dorang busy kot. so, malam tu..lepas maghrib..bapa aku call..dia tanya khabar..then kitorang pun borak laa macam biasa.. then aku story laa pasal aku dengar lagu tu and aku rindu sangat kat bapa aku. aku pun suruh laa dia nyanyi lagu tu untuk aku. serious aku rindu nak dengar dia nyanyi lagu tu..hehe..dengar punya dengar..aku pun ikut laa nyanyi sekali..hihi..tetiba masa tu, aku jadi sedih..terus slowly airmata aku keluar..aku pun berhenti laa nyanyi..then aku cakap kat bapa aku.."pa, tengok tu..sy nangis sudah.." "kenapa ko nangis?" "sy rindu bapa bha..dengar bapa nyanyi terus keluar airmata sy.." "rindu pun bulan depan ko nak balik juga kan? dah2. jangan nangis.." "tapi stress study sekarang nie...tu yang buat org tmbh rindu dengan family especially you.."..huhu...macam tu laa conversation kitorang..huhu.. my dad sebenarnya seorang yang garang, baran x menentu..tapi bila mood dia okey, dia laa orang yang paling kelakar dalam rumah tu. always buat aku gelak sakan. pastu kalau dia masak, kalah masakan mak..tapi dia jarang masak laa. hehe..pastu kalau kat rumah, dia paling suka suruh aku buat kerja..hehe..macam2 kerja dia suruh aku buat..aku buat je laa. =) walaupun kadang2 tu, dia suruh aku buat masa dia tengah marah2..aku faham, dia marah pasal tekanan kerja dia..so aku diam je. kan x baik nak lawan cakap orang tua..=)..aku nie jenis bila kena marah, aku akan diam. dan semua yang orang tu cakap kat aku akan stay kat otak aku baru masuk ke hati. sehh..pastu bapa aku nie suka suruh aku urut badan dia kalau dia penat. pernah aku tanya, kenapa x suruh adik urutkan..dia pun boleh urut kan? tapi bapa aku cakap, dia lebih suka suh aku yang urut..haha..mak, makcik dan nenek aku pun suka kalau aku urutkan badan dorang..hehe.. 

pernah dulu, masa kat matrik..aku kan x pernah duduk jauh dari family..so, masa puasa tu..bapa aku call..aku masa tu tengah buat tutorial..tengah stress giler2 laa..tiba2 dia call sambil gelak2..aku macam tambah tertekan laa..aku tertinggikan suara kat dia..then dia terasa..terus dia off call..a minute after that, aku rasa serba salah pulak. terasa yang aku dah terkasar kat dia..then aku call balik, dia x jawab..call mak, mak kata dia merajuk..aku terus nangis..jahat kan aku sampai buat ayah aku macam tu..aku suh laa mak aku pass hp tu bagi kat bapa..tp dia marah..kalau xnak cakap, xyah laa call! aku dengar kot walaupun hp tu jauh dari dia..seriously terasa..makin kuat aku nangis...last2 mak aku cakap, "cakap je laa dengan, kesian anak tu..dah menangis dah.." then, bapa aku jawab laa juga..huhu..aku sambil nangis2 tu aku minta maaf kat dia..aku explain everything sampai hilang marah dan rajuk dia..last2 dia pun nangis..dia rindu aku sebab tu dia call. nak dengar suara anak dia..sedih sangat2 masa tu..giler sembab habis mata aku lepas tu..sampai roommate pun tegur..huhu..then after that thing happened, aku dah x berani nak tinggikan suara kat bapa aku..sebab dia nampak je garang, baran...tapi kita x tahu dalam dia macam mana kan? so, jangan sesekali korang tinggikan suara kat ayah korang..melawan cakap..dia marah sebab dia sayangkan kita..x kisah laa, ayah ke, mak ke, janji orang yang lebih tua dari kita..please hormat dorang..sekarang, everytime dia call..aku pastikan akan tergelak dengan cerita dia..hehe..then, kalau kat phone, aku banyak ceritakan masalah harian aku kat sini dengan dia banding dengan mak..hehe..dia just dengar and gelak and bagi pendapat..haha..aku sayang sangat kat bapa aku..hehe.. I LOVE YOU DAMN MUCH DAD! AND THANK YOU ALLAH FOR GIVING ME A FATHER LIKE HIM! >.<

sekian..tu je laa entry aku kali nie. hehe.
Assalamualaikum. =)

p/s: aku rindu mr. I aku juga. >.< oppsss...hihi

Monday 13 May 2013

Terima Kasih Mama

terima kasih mama
kandungkan aku sembilan bulan sepuluh hari
terima kasih mama
lahirkan aku ke dunia ini
terima kasih mama
besarkan aku hingga kini

terima kasih mama
atas semua keperitan dan kesusahan
dalam tempoh mendidik diri ini
menjadi seorang yang mampu belajar berdiri
mampu mengurus diri sendiri
mampu berdikari
disaat aku jauh dari keluarga

terima kasih mama
atas kasih sayang yang kau taburkan
atas pengorbanan yang kau lakukan
atas titik peluh yang kau habiskan
atas susu yang kau berikan
membesarkan aku
menjaga aku

TERIMA KASIH MAMA!

hasil karya,
Ainur Rahim

#karya nie aku buat sempena Hari Ibu tahun nie untuk semua ibu-ibu yang ada kat muka bumi ini.
hargailah ibu sementara dia masih bersamamu. sayangilah dia. =) sekian. 
Assalaualaikum.

Sunday 12 May 2013

sepetang bersama...

jyeahhh~ I'm back with new entry! petang tadi aku janji dengan Afi nak pergi bukit ekspo untuk survey tempat game running man @ 15 tu. pastu, masa tu Nik minta tolong aku rakamkan video untuk subjek Hubungan Etnik dia tu. so, aku pun tolong laa. tapi dia x berapa puas hati sangat sebab at first tu kitorang rakam dalam bilik. then aku cakap laa kat dia, kitorang nak g bukit ekspo. nak join x. boleh rakam kat sana. dia pun okey je. pastu, kitorang janji gerak pukul 5.30 petang. tup tup! aku terlajak tidur sampai pukul 5.45 sampaikan Afi naik g bilik aku. haha! sumpah penat tadi. pastu kitorang pun gerak laa sama2 pergi bukit ekspo. survey tempat pastu baru g rakam video Nik. pastu taking-taking pictures time! haha!

masa Afi rakam video Nik tu, aku sempat nampak scenery yang sangat cantik. subhanAllah. cantiknya ciptaan DIA. hatiku terdetik sedemikian. then aku ambik hp aku, capture scenery tu. cantik. tengok nie.

cantik kan? sebenarnya, kat belakang pokok tu cahaya matahari. hehe.

hah! nie Nik yang ambik dan aku suka sangat tengok. >.<

comel kan Afi tu? 

Nik and me. >.<

Afi, Nik and me. haha! I like!


haha. happy sangat. lama x keluar dengan budak berdua nie. kalau boleh nanti aku nak keluar berempat, sekali dengan Ajin. seriuos rindu nak keluar dengan depa nie hah. hikhik. >.< insyaAllah kalau ada masa nanti nak keluar lagi dengan dorang nie. =) ada lagi gambar gwiyomi aku dengan Afi, tapi Nik lupa nak transfer g lappy aku tadi. hewhew. tengok yang nie pun cukup laa k? hehe.

hmm, rindu kat my comel. dah laa lately nie aku busy, sampai xde masa nak study untuk test. stress giler! dengan assignment programming aku yang x siap tu lagi. arghhhh! seriously miss him. need someone to share all my stress and feeling. haha. Mr. I, can I share it with you? >.< btw, aku rindu juga nak tulis entry pasal dia. but nothing special happened lately. kalau ada, dah lama aku update kat sini taw. hihi. btw, 2 days more.  hopefully can meet him that day. it's already more than 3 weeks I didn't meet him. sangat2 rindu nak tengok senyuman dia tu. haha. sudah cukup sudah, cukup sampai di sini saja. hehe.

Sekian, Assalamualaikum.

Kebahagiaan adalah milik mereka yang mempunyai impian dan keberanian untuk berusaha menjadikannya realiti.  -Mr. I-

Sunday 5 May 2013

rajuk

rajuk atau dalam erti kata lain bermaksud, satu perasaan yang muncul apabila sesuatu yang kita inginkan tidak ditunaikan oleh orang yang tertentu. eh? salah ke? nie tafsiran aku sendiri laa. xde rujuk kamus dewan ke apa. hehe. saja je tulis entry macam nie. aku ingatkan, aku sorang je yang kuat merajuk, rupanya dia lagi kuat merajuk. itu baru rajuk, belum cerita pasal cemburu. haha. cemburu dia lagi kuat weyy banding aku. silap haribulan boleh putus kitorang. haha. 

tadi, aku baru je chat dengan dia. saja, sebab pagi tadi dia x reply pun text aku. so, aku tanya laa kenapa x reply kan. nak dijadikan cerita, masa chat tu..tetiba dia cakap macam nie...

+ jom skype. =)
- xnak. sebab aku x suka skype. sorry. :3
+ apa beza skype dengan jumpa depan2? haha..apa2 je laa.
+ kalau begitu, aku pun x suka jumpa depan2 laa. fair k? tq.
- eh? kenapa pula macam tu?
- jd xnak jumpa sudah?
- ok laa. xyah jumpa lepas nie
- call/msg pun xyah.
- bye
+ call msg pun xyah
chat pun xyah
berkomen pun xyah
bermention d twitter pun xyah
tulis entry dlm blog pun xyah
- kenapa nie? jangan laa macam nie..
+ semua xyah k?
+ hahahahahahahahaha
- merajuk laa tu.
+ baru tahu aku kuat merajuk
- merajuk laa. pastu minta pujuk.
+ hahahha. mana ada merajuk. syg ada laa kat kau.
hahahahahhahha
wekkk .. cepat laa balik..kalau laa nanti aku kerja tempat lain, study tempat lain..
+ biar kau xleh tengok muka aku. haha.
+ org rindu sebab tu nak skype. 

hmm..macam tu laa bunyi chat kitorang. haha. nak cakap aku kuat merajuk, dia lagi kuat merajuk. tengok tu, aku tolak ajakan skype dia, pun dah merajuk xnak call/text. sabar je laa..aku sebenarnya, x suka skype dengan lelaki. aku pernah vid call dengan member perempuan je. tu pun seriously jarang sangat.  boleh kira kot setahun berapa kali aku vid call. dengan family pun aku x pernah vid call bila rindu taw. sorry sayang. haha. lepas nie terpaksa aku belajar memujuk orang. hehe. 

btw, sampai sini je laa ye. Sekian. Assalamualaikum.

Saturday 4 May 2013

aku jumpa dia!!!

haha! yeah, aku jumpa dia. siapa? hmm. bukan Mr. I. tapi penulis novel yang paling aku minat. sat eh, aku upload gambar tu. =)


hah..nampak x? SITI ROSMIZAH. yup, penulis novel Cinta Kau dan Aku, 7 Hari Mencintaiku, dan yang terbaru adalah Curi-Curi Cinta. jyeahhhh! sebenarnya, story tu macam nie. aku dengan member2 aku plan seminggu sebelum nie nak pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang diadakan kat PWTC tu masa 1st of May. sebab masa tu kan cuti, senang laa nak keluar. semua free. sekali pergi, Ya Allah. sesaknya! kat KTM sesak, LRT sesak, dalam PWTC tu lagi laa. jangan tanya. penuh, sesak. mengalahkan ikan sardin weyy. 

continue..malam sebelum aku pergi sana, aku ternampak ada orang tweet gambar novel terbaru karya SR nie. so, aku pergi laa survey kat page mukabuku SR tu. tup tup! aku terbaca yang dorang pun bukak booth SR kat sana. so, aku plan just nak beli novel tu dan novel keluaran KN. dua je. hihi..esoknya kitorang pun pergi laa. aku pergi nie pun sekali nak jumpa Ezzati, ex-KML stidy kat UM. nak ambik baju "Keep Calm and Love Borneo" tuh. after ambik, kitorang pun gerak laa sama2. cari novel. hehe. aku dengan Ezzati memang minat SR. so, kitorang pun pergi laa booth SR. aku pun ambik laa novel Curi-Curi Cinta tu. terus laa g bayar. masa bayar tu, akak cashier tu tanya, nak sign x? aku pun jawab laa nak. then, terdetik kat hati aku. xkan laa dia yang nak sign. dia bukan SR pun. *masa tu ada gambar SR kena tampal kat booth tu, so aku tahu laa* dia pun bukak laa plastik novel tu. pastu bagi kat aku lepas aku bayar. aku pun gerak je ke depan. tiba2, Ezzati cakap kat aku, kata nak sign tapi kat mana/ x nampak SR pun. pastu, dia pun pergi laa tanya kat abang sebalah akak cashier tu. then, dia cakap kalau nak sign kat hujung sebelah booth tu. kitorang pun pergi laa.

first tu, kitorang dah nampak dari jauh ada SR. "AHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!" hah, macam nie laa respon kami berdua. excited mengalahkan jumpa artis kot. haha. lepas tu kami tutup mulut, malu laa juga. ramai kot orang, kami pula jerit xtahu malu. haha. aku pun gerak ke arah SR. ada abang bodyguard tu tanya, nak sign ke? "ye, nak minta sign." "adik pergi minta cop dulu baru sign ye?" "okey" lepas tu, aku pergi laa minta cop. then baru minta sign kat SR. wahhhh! seriously terharu dapat jumpa dia. sumpah aku x expect pun akan terjumpa dia. rezeki weyy. haha! pastu, SR pun tanya aku. "nama adik?" "Ainur Farahanie." pastu, dia pun tulis laa nama aku kat depan muka surat novel tu. lepas tu, dia sign. ohmyAllah! sangat sangat sangat sangat sangat excited aku masa tu. "nak ambik gambar boleh x?" "boleh." lepas tu aku pun gambar laa dengan dia. after that, Ezzati pun take turn ambik gambar dengan SR. 

yang nie Ezzati dengan kak Siti Rosmizah. =)

yang nie pula aku dengan kak Siti Rosmizah.

Sumpah perasaan excited tu still sampai sekarang taw. haha. tapi kan, aku x baca lagi novel tu. hehe. xde masa. aku kalau baca novel, aku nak masa tu aku x busy dengan kerja lain. baru dapat feel betul2. hehe. btw, dah lama kan aku x cerita pasal Mr. I  tu. hmm. just nak bagitahu, semua masalah dah settle. Alhamdulillah. =) aku semakin bahagia. gaduh2 nie sebenarnya dapat mengeratkan sesebuah hubungan taw. sumpah x tipu. sebab aku dah rasa semua tu. eh? haha. mana2 je laa. aku dah luahkan semuanya, serah kat dia je laa nak buat keputusan yang macam mana. aku terima. aku redha. tapi jangan salahkan kalau nangis lagi suatu hari nanti sebab kau. aku nangis sebab aku sayang kau. aku xnak kehilangan kau. eh? jangan sedih2. aku tengah happy nie dengan dia. hehe. okay laa, aku rasa tu je kot untuk kali nie. hihi. 10 hari lagi. jyeahhh, just wait for it. =)

Sekian, Assalamualaikum.


Tuesday 30 April 2013

craving~

*kruk..kruk..kruk..* hah! macam tu laa perut aku sekarang berbunyi. means that aku tengah lapar. haha! xde laa. aku sebenarnya x lapar. aku just mengidam nak makan nasi kerabu je. >.< nie semua sebab SITI NADIRAH laa nie. kalau dia x ajak dan ajar aku makan nasi kerabu tu, aku xkan jadi macam nie! hahaha!

storynya bermula macam nie..alkisah..hehe..sabtu lepas, habis je kelas koko tengahari tu, aku pergi blok L4, kolej 12. Nad ajak aku lepak bilik dia sambil buat assignment stats. aku pun pergi laa, last2 dia siap salin soalan je. jawapan xde lagi. haha. aku? kerja aku just borak dengan dia. pastu makan2, online sat. haha! bila makan tu, dia bawa keluar laa nasi kerabu yang mak member dia kirim pagi tu. dia ajak aku makan sekali. orang kata rezeki jangan ditolak. so, makan je laa. masa tu aku x minta banyak. ye laa, first time makan. kot kot aku x suka kan, x habis nanti, x ke membazir namanya tu? hehe. after makan tu, aku rasa..perghhhhhhh~ serius sedap. rasa macam nak lagi weyy. haha. tapi dah habis. hmm. xpe laa. :/

then, the story continue like this. aku pergi kelas awal tadi. pukul 10pagi macam tu dah ada kat faculty. datang awal sebab aku ada extra tutorial dari Nad. sekali tu, aku pinjam laa laptop dia sat. masa tu tengah bukak twitter account dia. then aku nampak member dia tweet pasal nasi kerabu. xtaw sebab apa, mulut aku time tu rasa macam ada nasi kerabu. bau dia sebijik macam kat bilik Nad sabtu lepas. seriously craving for it! pastu, Nad pun cakap laa kat aku. kan hujung minggu nie dia balik rumah. so, disebabkan aku craving nak kan nasi kerabu, dia pun nak..dia decided untuk ajak aku balik sekali dengan dia. pergi pasar malam cari nasi kerabu. haha! aku pun, directly say YES! haha! Thank you Nad. *hope she read it one day soon* 

btw, sini aku nak cerita sikit pasal aku. kalau korang nak tahu, aku lebih selesa ber'aku kau' dengan member aku. mungkin certain people rasa itu kasar. x hormat orang. NOPE! bukan aku x hormat, bukan aku kasar. tapi bagi aku bila aku bercakap dengan member atau people that I met for the first time dengan bahaskan diri aku 'aku'..itu boleh membuatkan aku dengan orang tu jadi rapat. selesa. sebab tu aku bahaskan diri aku 'aku' dalam blog nie. hehe. masa mula2 sampai semenanjung nie, aku try adapt dengan situasi kat sini dengan berbahasa melayu semenanjung. of course aku guna 'saya awak'. tapi bila dah jumpa member sekepala, aku akan terus b'aku kau. haha. lagi senang macam tu. x rasa janggal sangat. tapi kalau dengan orang yang senior umur dari aku, aku x boleh nk paksa diri aku b'aku dengan dia. terkeluar juga 'saya'. law x pun, 'org'. bukan bermaksud aku x rapat dengan orang yang aku bahaskan 'saya/org' dengan dia, tapi aku hormat dia. and if the're the same age with me, and I'm still using 'saya/org' with them, means that I still shy and embarrassed. hehe. =) 

Sekian itu sahaja yang terbaru dari saya. =)
Assalamualaikum.