ikon twitter


Tuesday 24 September 2013

nothing to display. =.=ll

aku gelak
aku ketawa
hingga terlupa dunia seketika

ya
itulah aku semalam
duniaku hanya ada aku dan hidupku
dimanakah Tuhanku?
aku bagaikan terlupa 
wujudnya Sang Pencipta
yang Maha Kuasa
yang Maha Mengetahui

namun hari ini aku sedar
aku bukanlah sesiapa
tanpa Dia yang Esa
tanpa Dia yang Satu

kerana Dia aku masih bernafas di atas muka bumi ini
kerana Dia aku masih bisa melihat alam pinjaman ini
kerana Dia aku masih mampu kembali ke jalanNya

bila ada yang tertawa, pasti akan ada yang menangis. begitulah besarnya kuasa Allah. Allah buat kita gembira hingga tak ingat apa pun, dan kemudian Dia juga yang buat kita menangis. kenapa eh? kenapa dia buat kita nangis? sebab dia nak jadikan kita lebih tabah bila ditimpa ujian. sebab Dia nak kita ingat kat Dia. bila ada masalah, luah kat Dia dulu. mohon doa kat dia. minta permudahkan urusan kita kat dunia sementara ini. insaf dan taubat. ingatlah, bila kita susah, xde yang nak dengar luahan hati kita, jangan lupa Allah itu Maha Mendengar. ceritalah kat Dia, insyaAllah lambat atau cepat Dia pasti akan bantu kita. begitu juga kalau kita gembira, jangan nak gembira dan gelak sakan. ucaplah Alhamdulillah. bersyukur kerana kita masih berpeluang untuk gelak. kita memang tengah gelak sakan, tapi orang kat sana siapa tahu mungkin dia tengah bersedih ke. ditimpa kesusahan ke. sebolehnya, doakanlah untuk mereka. bukan hanya mendengar dan melihatnya sahaja.

sekian.
assalamualaikum.

Wednesday 18 September 2013

Kenalan Twitter 2.0

assalamualaikum. huehhh. lama aku tak masuk blog aku. surely aku rindu blog nie. :) hehe. alhamdulillah, the blogger is still in a good health. I really hope kisah baru aku nie dapat tarik perhatian korang balik untuk selalu jenguk blog simple aku nie. baru tu xde laa baru sangat, sebab watak2 yang berkaitan semua adalah kenalan lama. lama ke? hmm. ikut je laa kisah aku nie ye? >.< 

nampak x tajuk entri aku tuh? hehe. why '2.0'? sebab ini macam kesinambungan kepada entri aku yang bertajuk 'Kenalan Twitter' tu dulu. itu pun kalau korang ada baca laa. x baca lagi? okey. entri yang tu aku buat since last year lagi.. >.< baca laa eh. hihi.

okey, aku mulakan cerita eh. aku dengan member aku nie, si kenalan twitter aku nie laa..dah kenal hampir setahun..itupun kenal dalam alam maya je. dia kira kawan tweet aku laa.  memang selalu tweet dengan dia, lagi2 pasal running man. haha. kitorang kan peminat tegar running man. merong~ dalam tempoh perkenalan nie, kitorang tak pernah jumpa tau. tak pernah bersemuka. kenal muka dia pun dari gambar2 kat mukabuku, twitter. serius tak tipu. pernah juga plan nak jumpa tapi tak pernah jadi. belum masa lagi kot. then, suddenly masa cuti tu aku baru je buat instagram. so aku follow laa dia and he follow back me. :) few days later, dia text aku. tanya khabar and tanya pasal insta aku. haha. terkejut kot, aku kan selama nie tak pernah ada insta. bila tiba-tiba ada dan follow dia tu, agak terkejut juga laa reaksi dia kan. aku story laa kat dia macam mana aku boleh terniat nak buat insta tu. pastu, story punya story. dia tanya aku ''noona apa cer sekarang?" and aku jawab laa. "aku macam biasa, dah nak balik upm nie hati macam berat nak tinggalkan rumah. lagi2 dengan keadaan ayah aku yang tak sihat tu." pastu dia cakap, "oh ya, noona nak balik upm dah. bila flight? kali nie awal pagi juga ke?" haha. aku selalu flight balik sana memang pukul 7 pagi. awal kan? haha. awal gila namanya. XD aku pun bagitahu laa kat dia, kali nie flight aku pagi juga. tapi xde laa pagi sangat macam pukul 7 tu. flight aku pukul 11. dia pun cakap, "boleh jumpa kalau macam tu! hooray! haha." haha. dia nak jumpa aku. >.< aku okey je kalau nak jumpa dia. yelah, dah lama kenal, takkan xnak jumpa kan? bersemuka. at least jumpa laa sekali. 

cerita berkembang ke hari kejadian. hari kejadian? haha. hari aku balik semenanjung laa. masa aku otw pergi airport tu, tetiba hp aku bunyi. tanda ada text masuk laa. aku baca, dia rupanya yang hantar. "salam. hari nie kan flight noona balik? dah sampai airport?" aku bagitahu laa kat dia, aku still x sampai lagi kat airport. pastu dia cakap, "oh, ingat dah sampai. :O mak hantar ke?" aku bagitahu laa "tak. makcik dengan pakcik aku yang hantar. why? nak jumpa ke?" "haha! kalau sempat jumpa sekejap. ;)" "boleh je kalau nak jumpa. :)" pastu, kitorang texting je laa. lepas tu, dia pun pergi laa airport.

masa tu, aku sampai airport dulu. lebih kurang 5 minit macam tu, dia pulak sampai. macam mana aku tahu dia sampai? sebab dia sampai je terus call aku. jadi aku tahu laa. hehe. kebetulan hari tu, aku pakai baju biru tua+tudung biru muda, seluar slack hitam. then, masa call tu aku tanya laa. "dah sampai ke? pakai baju warna apa?" dia jawab. "dah dah. noona kat mana? saya pakai baju biru." "biru? siapa pakai biru? kau ke aku?" "saya laa. emm, jacket biru." "kat mana? tak nampak pun." "belakang. noona pusing belakang." aku pun pusing laa belakang, nampak lelaki pegang hp pakai jacket biru. 

okey. for the first moment, first time jumpa dia. I was a bit speechless. not totally laa, ada juga cakap. tapi x banyak. sikit. tapi after 5 minute macam tu, okey dah. tu pun nasib laa dia mulakan conversation tu. kalau tak, hmm. memang diam je laa sampai aku nak masuk balai pelepasan tu. haha! weyy, serius tak sangka baju dan seluar kitorang matching. haha. biru+hitam giteww. aww~ >.< 

then, about setengah jam jugak laa jumpa dan borak dengan dia. tu pun bagi aku rasa macam berjam-jam dah cakap dengan dia. padahal sejam pun tak sampai kot. haha! pastu dia pun balik laa, aku pulak dengan member aku yang sorang lagi tu, member yang balik sekali dengan aku laa maksud aku. hehe.  kitorang pun masuk laa balai pelepasan tu. tetiba aku dapat text dari dia lagi. teeheee~ :) belum baca aku dah senyum. haha. agak-agak lepas baca aku jadi macam mana pulak eh? bhahahaha! "have a safe trip noona! suara noona dah x garau laa. hahahaha." haha! aku gelak laa lepas baca tu. dulu masa first time otp dengan dia, dia siap cakap suara aku tak macam perempuan kot. garau. erghhh! stress. emm, sebab tu laa kot dia cakap suara aku tak garau dah. =.=|| 

lepas je kejadian tu, kitorang rapat balik macam dulu. macam yang sebelum aku couple dengan mr.I laa. rapat tweeting, fb-ing. haha. but mostly pasal running man laa. lagi2 pasal monday couple. haha. like I said before, he had a good sense of humor and sweet talker sometimes. hahaha. kejap eh, aku nak upload gambar printscreen tweet kitorang tengahari tadi. >.< 

that single tweet really change my mood for the whole day today.



Thursday 12 September 2013

entah kenapa

entah kenapa tiba-tiba aku rasa sunyi sangat. sedangkan aku punya ramai kawan. kawan sejak tadika, hinggalah ke IPTA. kawan alam maya juga ramai, tapi semuanya kawan suka aku. waktu duka? Allah saja yang tahu. nak diluah, aku rasa dah banyak kali aku luah kat kawan-kawan aku. alhamdulillah, ada juga yang bagi feedback. ada yang bagi nasihat. jangan buat itu, jangan buat ini, teruskan yang baik, hentikan yang tak elok. kadang-kadang tu, aku tak mampu dah nak luah. mungkin ada yang perasan, mungkin juga takde. perubahan air muka mempamerkan segalanya. tapi tak semua riak wajah itu adalah yang sebenarnya. kadang-kadang, gelak tawa itulah penutup kesedihan hati kita. kita kesunyian tapi sentiasa tersenyum. sebab apa? sebab kita taknak orang lain susah hati pasal kita, risaukan kita.

aku sunyi bukan sebab dia. memang, aku dan dia dah takde apa-apa hubungan melainkan seorang sahabat. tapi aku takde laa sedih sangat. dah takde jodoh, buat apa kita nak paksa kan? Allah dah janji yang terbaik buat kita. :) aku sedih sebab aku pun tak tahu. aku rasa macam aku dah berubah. aku tak tahu. tapi aku bagaikan tahu apa yang bermain di fikiran kawan-kawan aku. aku xde siapa nak luahkan semua nie, so ini saja laa tempat untuk aku blow out everything.

"aku mungkin punya ramai kawan, tapi hakikatnya aku kesunyian." - @pipipororo