ikon twitter


Wednesday 27 March 2013

tak pernah dibuat dek orang

Assalamualaikum,
malam semalam kitorang texting, masa tu dia ada kelas kat DKAP, UPM. pukul 8-11pm. Dia tanya, "esok kau ada kelas kat fakulti x?" aku balas, "kelas aku memang hari2 kat fakulti/DKAP tu pun. kenapa?" "xde laa, kalau kau nampak something kat area tu esok, terus call aku dengan suara yang excited taw? so be alert with your surrounding." "oh, okey. aku try be alert with it." So, this morning aku bangun awal dari yang selalu laa. nak g tengok sementara yang lain x datang lagi. risau dia buat something yang akan memalukan kami berdua. haha.

So, pagi tadi aku minta laa member aku temankan pergi tengok. At first tu, aku langsung x nampak apa pun yang ada kaitan dengan aku. then aku text dia tanya, "xde apa pun kat sini." "kau dah sampai kelas ke? kelas pukul berapa?" "a'ah, dah. kelas pukul 8" "hmm, dah tengok busstop?"  "x lagi, xpe laa..nanti aku g tengok lagi. =)" hmm, wait after class habis, then aku drag lagi sorang member aku pergi tengok for the second time. hmm, hampeh. still x nampak.

Then, for the third time..after gap for 1 hour before I'm taking my Statistics's Test 1, aku sekali lagi drag member aku pergi tengok kat area busstop yang aku x sempat tengok tadi. cari punya cari, still x jumpa. TUP! kat sebelah tu aku nampak the only kertas putih tertampal kat satu penjuru. aku jeling dari jauh nampak macam nama aku tertulis kat sana. apa lagi, aku terus laa pergi tengok. and my expectation was right!


nampak x? kalau x nampak, klik je gambar tu. =) haha. yang nie bukan kat noticeboard kat busstop faculty aku, nak ambik gambar masa tu xleh. ramai orang. haha. so, aku ambik je paper tu terus pergi kelas. and then bila balik bilik aku terus tampal kat wall aku a.k.a my blue noticeboard. (^^,)

comel x? haha! nak kata dia jiwang x, sweet pun x, romantic maybe? aww~ xtaw nak cakap pe.(tiru gaya Johan cakap cina) LOL! x pernah dibuat dek orang kot benda nie. ish3. tapi aku sangat2 terharu. Thank you so much, Mr.I. =) 

after aku ambik kertas nie, masa otw nak pergi kelas statistics tu, aku terus call dia seperti yang dia suruh. masa dia jawab, terus je dia gelak kat aku. aku bagitahu laa aku dah nampak benda tu. *gelak lagi* aku ambik dah, malu laa weyy kalau letak sana lama2. x pasai2 aku femes pasal benda tu. haha! dia pun cakap laa, "dah2, pergi laa masuk kelas. ada test kan? good luck taw. aku baru je sampai kolej nie. kelas dah habis, petang nanti baru ada kelas lagi. bye, Assalamualaikum." conversation kitorang habis kat situ je laa. sepanjang jawab test statisctics tu, aku dah laa duduk depan sekali, senyum je laa kerja aku. nasib cukup masa jawab test. hantar on time lagi kot. haha! happy!

x sangka pula lepas habis kelas pukul 2, masa aku nak balik bilik member aku kat kolej lain, aku ternaik bas yang sama dengan dia. tapi dia nak pergi kelas laa, aku nak balik. serious x sangka kitorang boleh terserempak kat dalam tu. and this was the third time kot jumpa dalam keadaan macam nie. x dirancang! aku pun apa lagi, xnak lepaskan peluang untuk duduk sebelah dia. (gatal juga aku nie. haha!) dia sempat lagi tanya, "mana kertas tu?*sambil gelak comel*" "erm, ada. aku simpan dalam fail. nie hah!" then dia story sikit pastu, dia turun fakulti dia dah. ada kelas. hmm. hehe. so, as a conclusion aku tersangat-sangat happy hari nie Alhamdulillah, terjumpa kali nie sangat mengubat rindu aku kat dia. =) Allah itu kan Maha Mengetahui? 

Sekian semuanya, Assalamualaikum. (^^,)

Tuesday 26 March 2013

dugaan yang mendatang


Tidak ada sebuah perhubungan yang tiada dugaan dan ujian dariNYA.

 Alhamdulillah, aku semakin bahagia dengan hadirnya dia disisi aku sekarang nie. Happy? yang tu jangan tanya laa, memang teramat happy pun. tambah2 pula bila terserempak dengan dia kat mana2 area upm nie. hoho! aku sayang dia. sangat2 sayang. Tuhan lebih sayang dia jika dia nak pisahkan kami sebab aku terkejut dengan pertanyaan dia tadi.

+ boleh tolong aku x? tolong tanya siapa2 macam mana proses pertukaran university?
- kau nak tukar U ke?
+ ya =)
- nak tinggalkan aku sendiri kat sini laa ye? =( hmm, yelah..roommate aku kata kena urus sendiri kat bhgn KPT kat Putrajaya..
+ em, xde laa. jom kita tukar U? hehe..aku nak stay sana, kat sini jauh laa dari rumah.
- hmm? xpe laa, kau je laa tukar U. aku nak stay kat sini.
+ yelah, take care. bye.
- :'(

siapa x sedih kan bila couple kita elok2 satu U tetiba nak tukar U sebab dia nak study kat tempat yang dekat dengan rumah. yelah, sabah dengan selangor jauh kot. berbaloi ke kalau aku ikut dia tukar U? aku dilemma weyy dalam hal nie. kena ikut emosi atau fikiran? Kalau ikutkan hati, memang aku nak ikut dia tukar U sebab aku xnak study jauh2 dengan dia. Kalau ikut fikiran, x berbaloi kot if aku ikut dia hanya kerana nak satu U dengan dia. what if my pointer drop after I followed him study in the same U later? 

So, I'd decided that I won't followed him. I will stay here until I graduate my course here. Like what I always said to myself, 'I started here, I finished here.' . tempat study jauh atau dekat x dapat mengukur kasih dan sayang kita pada seseorang itu. yang penting kena saling mempercayai dan saling memahami. bak kata pepatah, jauh di mata, dekat di hati. Kalau dah jodoh x ke mana pun dia tu. =)

sedih pula entri aku kali nie kan? xpe laa, kalau dah suratan takdir macam tu..aku terima je. semoga dia x berpaling hati dengan aku(eh? ada ke macam tu?) hmm. 

Sekian, Assalamualaikum. =)

Sunday 17 March 2013

Pintaku

Kasih,
Di sini bermulanya kisah kita berdua,
mukabuku pertemukan kau dan aku,
perkenalan kita bermula sebagai sahabat,
lalu dari kata merubah segala,
dari sahabat menjadi kekasih hati.

Aku fikir
mungkin aku hanya bermimpi,
ditemukan dengan lelaki seikhlas dirimu,
dan pabila aku bangun pada pagi itu,
ternyata kau realiti,
yang DIA pinjamkan untukku.

Sayang,
kau dengarkanlah kata hatiku ini,
bahawa aku kasih padamu,
aku sayang padamu,
aku cinta padamu,
dan aku rindukanmu.

Bisakah kau menjaganya?
cuma hati ini aku titipkan
kau simpan dan jaga,
rawatlah seperti kau rawat hatimu,
kerna tanpa hati ini,
mana mungkin aku mencintai kau.

Pintaku yang terakhir,
terimalah aku apa adanya,
seperti aku terima kehadiran kau,
dalam hidupku,
tidurku,
mimpiku juga igauanku,
sayangilah aku,
hargailah aku,
selagi aku masih berada disampingmu.

Demi DIA,
semoga cinta kita tetap bersemi,
semoga cinta kita terus bersemadi,
bersama nadi-nadi cinta ILAHI.

Hasil nukilan,
Ainur Rahim.

Wednesday 13 March 2013

what I felt now

well, that's me! haha, ramai member yang kenal aku kat 'mukabuku' cakap aku nampak sangat2 lain bila dorang face-to-face dengan aku. why? haha! aku rasa korang yang kenal aku betul2 tu memang dah taw kenapa kan? seriously, gambar dp 'mukabuku' aku semua gambar masa aku x pakai spek begitu juga twitcon aku. so, bila cari kat dalam kelas "mana Ainur Farahanie", ramai x cam aku. aku sebenarnya budak spek. budak nerd laa katakan. (nerd laa sangat, LOL) dan aku sebenarnya lain dari gambar2 DP/twitcon aku sebab aku jenis yang comel+chubby. ;) hihi. serius x tipu!

nak dijadikan cerita..tadi aku ada gap kelas 1 hour. so, aku dengan member aku lagi sorang tu pergi laa makmal komputer dekat fakulti aku tuh. kitorang nak sambung buat coding berminggu-minggu x siap, tapi aku end up ber-tweeting. haha! dia sorang je yang buat coding. x lama kemudian, coursemate lelaki aku (seramai 3 orang) masuk and duduk 2 baris di hadapan kitrorang. after 10 minutes macam tu, another two of my coursemate, Nas and Afiq masuk dan duduk depan kami. tetiba tu, Nas datang dekat aku sambil bercakap kat Afiq. "Hah, nie laa dia yang aku cakap hari tu. yang approve kau masuk dalam group tu. Lain kan dia?" Huh? Apa nie? aku x faham apa yang Nas dok cakap dengan Afiq tu. At last aku faham juga laa, rupanya Afiq x kenal aku. dia just kenal aku kat 'mukabuku' tu je, so bila terjumpa aku tadi Nas terus kenalkan aku dengan dia. LOL! Masuk yang nie, dah 3 kali orang x cam aku taw and the same thing keep happened to me. haha! Ada sekali tu, aku tanya coursemate aku. "kak, nampak lain sangat ke kalau saya x guna spek?" "a'ah! lain sangat. masa Ainur x guna spek, mata Ainur nampak besar." "So, kalau saya guna spek mata saya nampak sepet laa ye?" "yup!" haha! tergelak juga aku dengar jawapan coursemate aku yang juga senior umur bagi aku. ye laa, dia ex dip dohh.  

tapi aku x kisah apa dorang nak cakap pasal aku. aku taw siapa aku, family kenal perangai aku macam mana, member2 support aku dan dia pun terima aku seadanya. so, aku x kisah. janji aku happy. well, life must go on right? so, live like today is the last day of yours! 

hahhhh~ yang nie aku nak story sikit pasal Mr. I aku tuh. sorry laa eh, lari sikit dari tajuk entri aku. aku kalau boleh every entry aku nie, aku nak selitkan sikit cerita pasal dia. hihi. korang x suka? ada aku kisah? haha! gurau okey. sorry laa aku nie jenis x boleh dok diam bila bahagia. haha! semalam kitrang calling taw, dan aku cakap dengan dia "aku x kisah kalau kau chubby, aku tetap sayangkan kau." ;) haha! nak taw x, dia buat2 x dengar. siap suruh aku ulang 3 kali kot benda yang sama tu. dia nak dengar lagi, sebab dia macam x percaya aku cakap macam tu kat dia. dan dia pun cakap kat aku, yang dia pun x kisah aku nie macam mana dia tetap sayang aku. aww~ Actually, nie laa first time aku suka dekat lelaki macam dia, comel+chubby+hensem tuh. haha! bila tengok je muka dia, hati aku rasa tenang sangat. orang kata, sejuk mata memandang laa dengan dia tu. hihi! demi Allah aku sayang sangat kat dia. tapi kalau kami dah xde jodoh, aku redha. ;) doakan kami ye? ;)  So, aku end entry aku kali nie dengan sebuah gambar 'mukabuku' komen2 session. Assalamualaikum!