based on what you saw above my words, it's a post from my Facebook account. walaweh, tiba-tiba pula speaking kan? haha. btw, before aku continue apa yang aku nak tulis kat bawah nie, aku nak wish Happy Chinese New Year untuk semua warga Cina yang ada kat Malaysia nie terutamanya kat member2 Chinese aku, kat family aku and also untuk diri aku sendiri. Haaaa, mesti ada yang xtaw kan? aku sebenarnya ada laa sikit darah Cina mengalir dalam badan aku nie. So, memang every Chinese New Year aku akan sambut dengan family aku. itu pun kalau aku x jauh dari dorang laa. hihi.
after last entry aku hari tuh, jari jemari aku nie asyik rasa gatal nak menaip je, nak menulis entri baru tapi aku xde idea nak tulis pasal apa. pasai tu laa aku p post kat "mukabuku" tu macam yang korang nampak kat atas tuh. tetiba member aku, yang juga adalah follower blog aku tu, p laa komen suh post pasai Monday Couple aku tuh. haha. like what have I told her, yes aku dah jarang contact dia dan sekarang pulak idea untuk aku menulis entri baru nie dah datang. hahaha. Monday Couple? nope! entri kali nie bukan pasal dia, as you saw above, this new entry titled as "new month new life" right? keuchi? (LOL, korea pulak tiba-tiba). bulan baru nie, aku nak buka buku baru. aku nak bahagia macam orang lain juga. aku ada dia, insyaAllah, aku akan bahagia. walaupun hanya seketika Allah pinjamkan dia untuk aku.
aku sebenarnya xnak laa cerita macam mana kami kenal, apa kami bualkan pada first conversation kami. aku just boleh bagitahu sedikit about his background. =) dia, atau untuk lebih senang aku gelar dia sebagai Mr.I , sebenarnya orang senegeri aku, orang Sabah tapi dia duk area Ranau, aku area Tenom. kira jauh laa jarak rumah kami. haha. and bila dah masuk UPM nie baru laa aku perasan yang kami nie sebenarnya dulu satu matrik, KML. haha. entah macam mana satu hari tuh, kitorang tercouple. ohmy! seriously, tanpa aku sedari aku dah couple dengan dia. macam mimpi rasanya taw. malam tuh after declare terus aku mimpi dia. bengong laa. haha. tapi yang aku taw dua hari aku tersengih-sengih sampai makcik aku pun perasan.
tiba-tiba one day tu, dia call aku. and it's like...
haha. macam tu laa yang aku rasa. speechless. tapi still okey, aku buat selamba je bila cakap dengan dia. haaaaa, yang first komen tu dia laa. hihi. after declare kami couple dia dah jadi stalker setia aku dah. macam tu juga aku. bukan setakat "mukabuku" dia je aku stalk, twitter dia pun aku stalk juga. hahaha. cakap pasal on the phone nie kan, beberapa hari yang lepas dia call aku. lepas je call, dia text aku. and for the first time ada orang cakap kat aku yang dia suka dengar aku gelak. comel katanya. hahaha. aku baca je text dia yang tu, terus gelak guling-guling atas katil dohh. serius lucu and dah sememangnya laa aku happy kan. hihihi.
hoho. nie one of our "mukabuku" komen-komen session. haha. I'm happy to be with him. dan aku harap aku dapat bersama dia lebih lama dan aku harap dia dapat terima aku apa adanya. =) "kalau kau serius, aku pun serius." aku terima dia as my someone special sebab ayat dia nie laa. semakin hari aku bersama dia, aku rasa semakin aku sayangkan dia. walaupun aku rasa sakit hati kadang-kadang, tapi aku buang perasaan tu jauh2. walaupun ada sedikit keraguan dalam jiwa ini, aku tepiskan semuanya. sebab aku nak bagi diri aku peluang untuk merasakan bahagia macam orang lain yang ada kat luar sana tuh. biasalah, nie kan masih terlalu awal untuk membuat olahan tentang perangai dia tu, lama-lama nanti insyaAllah aku akan paham dia. begitu juga dia.
adik aku ada cakap dengan aku hari tu, "weyy, nenek dah restu kau dengan dia." "aku dengan dia? apasal kau cakap macam tu tiba-tiba nie?" "hari tu masa kau tengah calling dengan dia, nenek tanya aku kau pergi mana. aku bagitahu laa kau calling dengan dia. then nenek pun cakap, bagus laa kalau macam tu. nanti nak balik Sabah dah ada kawan. x payah nak risau pasal apa-apa lagi." "haha. itupun kau nak cakap nenek dah restu aku dengan dia? x logik betul. aigooo~" "weyy, kau x ingat ke? dulu masa kau calling dengan ex kau, betapa nenek tu marah sangat dengan kau kan? ingat x? tapi bila kau calling dengan si I tu, nenek sikit pun x marah dohh. siap suh balik sekali lagi cuti sem depan." Hohoho. aku terdiam terkaku lidah terkelu tak tahu nak cakap apa lagi lepas adik aku cerita macam tu. apa-apa pun, aku x mengharap lebih. macam yang dia pernah cakap sebelum kitorang declare apa-apa, "walau apapun yang terjadi dengan kita pada masa akan datang, berjaya atau tidak kita dalam perhubungan ini, biarlah kita jadi kawan okey? dan aku harap kau tak membenci aku masa tuh." insyaAllah. korang please doakan kami bahagia ya? walaupun hanya untuk seketika. aku x minta pun dia tu #SetiaHujungNyawa sangat, (wahhh, dah macam twitter pula main hashtag segala bagai) tapi cukup untuk mengisi kekosongan di hati ini. aminn~
sekian, itu sahaja dari aku pada entri kali ini. dan aku harap bulan baru nie dapat memberi kehidupan baru untuk aku, nafas baru dan bahagia untuk aku rasa. korang doakan untuk aku ya, dan untuk dia juga. doakan kami bahagia. terima kasih.
Babai. Assalamualaikum. ;)