Kasih,
Di sini bermulanya kisah kita berdua,
mukabuku pertemukan kau dan aku,
perkenalan kita bermula sebagai sahabat,
lalu dari kata merubah segala,
dari sahabat menjadi kekasih hati.
Aku fikir
mungkin aku hanya bermimpi,
ditemukan dengan lelaki seikhlas dirimu,
dan pabila aku bangun pada pagi itu,
ternyata kau realiti,
yang DIA pinjamkan untukku.
Sayang,
kau dengarkanlah kata hatiku ini,
bahawa aku kasih padamu,
aku sayang padamu,
aku cinta padamu,
dan aku rindukanmu.
Bisakah kau menjaganya?
cuma hati ini aku titipkan
kau simpan dan jaga,
rawatlah seperti kau rawat hatimu,
kerna tanpa hati ini,
mana mungkin aku mencintai kau.
Pintaku yang terakhir,
terimalah aku apa adanya,
seperti aku terima kehadiran kau,
dalam hidupku,
tidurku,
mimpiku juga igauanku,
sayangilah aku,
hargailah aku,
selagi aku masih berada disampingmu.
Demi DIA,
semoga cinta kita tetap bersemi,
semoga cinta kita terus bersemadi,
bersama nadi-nadi cinta ILAHI.
Hasil nukilan,
Ainur Rahim.
Sunday, 17 March 2013
Wednesday, 13 March 2013
what I felt now
well, that's me! haha, ramai member yang kenal aku kat 'mukabuku' cakap aku nampak sangat2 lain bila dorang face-to-face dengan aku. why? haha! aku rasa korang yang kenal aku betul2 tu memang dah taw kenapa kan? seriously, gambar dp 'mukabuku' aku semua gambar masa aku x pakai spek begitu juga twitcon aku. so, bila cari kat dalam kelas "mana Ainur Farahanie", ramai x cam aku. aku sebenarnya budak spek. budak nerd laa katakan. (nerd laa sangat, LOL) dan aku sebenarnya lain dari gambar2 DP/twitcon aku sebab aku jenis yang comel+chubby. ;) hihi. serius x tipu!
nak dijadikan cerita..tadi aku ada gap kelas 1 hour. so, aku dengan member aku lagi sorang tu pergi laa makmal komputer dekat fakulti aku tuh. kitorang nak sambung buat coding berminggu-minggu x siap, tapi aku end up ber-tweeting. haha! dia sorang je yang buat coding. x lama kemudian, coursemate lelaki aku (seramai 3 orang) masuk and duduk 2 baris di hadapan kitrorang. after 10 minutes macam tu, another two of my coursemate, Nas and Afiq masuk dan duduk depan kami. tetiba tu, Nas datang dekat aku sambil bercakap kat Afiq. "Hah, nie laa dia yang aku cakap hari tu. yang approve kau masuk dalam group tu. Lain kan dia?" Huh? Apa nie? aku x faham apa yang Nas dok cakap dengan Afiq tu. At last aku faham juga laa, rupanya Afiq x kenal aku. dia just kenal aku kat 'mukabuku' tu je, so bila terjumpa aku tadi Nas terus kenalkan aku dengan dia. LOL! Masuk yang nie, dah 3 kali orang x cam aku taw and the same thing keep happened to me. haha! Ada sekali tu, aku tanya coursemate aku. "kak, nampak lain sangat ke kalau saya x guna spek?" "a'ah! lain sangat. masa Ainur x guna spek, mata Ainur nampak besar." "So, kalau saya guna spek mata saya nampak sepet laa ye?" "yup!" haha! tergelak juga aku dengar jawapan coursemate aku yang juga senior umur bagi aku. ye laa, dia ex dip dohh.
tapi aku x kisah apa dorang nak cakap pasal aku. aku taw siapa aku, family kenal perangai aku macam mana, member2 support aku dan dia pun terima aku seadanya. so, aku x kisah. janji aku happy. well, life must go on right? so, live like today is the last day of yours!
hahhhh~ yang nie aku nak story sikit pasal Mr. I aku tuh. sorry laa eh, lari sikit dari tajuk entri aku. aku kalau boleh every entry aku nie, aku nak selitkan sikit cerita pasal dia. hihi. korang x suka? ada aku kisah? haha! gurau okey. sorry laa aku nie jenis x boleh dok diam bila bahagia. haha! semalam kitrang calling taw, dan aku cakap dengan dia "aku x kisah kalau kau chubby, aku tetap sayangkan kau." ;) haha! nak taw x, dia buat2 x dengar. siap suruh aku ulang 3 kali kot benda yang sama tu. dia nak dengar lagi, sebab dia macam x percaya aku cakap macam tu kat dia. dan dia pun cakap kat aku, yang dia pun x kisah aku nie macam mana dia tetap sayang aku. aww~ Actually, nie laa first time aku suka dekat lelaki macam dia, comel+chubby+hensem tuh. haha! bila tengok je muka dia, hati aku rasa tenang sangat. orang kata, sejuk mata memandang laa dengan dia tu. hihi! demi Allah aku sayang sangat kat dia. tapi kalau kami dah xde jodoh, aku redha. ;) doakan kami ye? ;) So, aku end entry aku kali nie dengan sebuah gambar 'mukabuku' komen2 session. Assalamualaikum!
Monday, 11 February 2013
new month new life
based on what you saw above my words, it's a post from my Facebook account. walaweh, tiba-tiba pula speaking kan? haha. btw, before aku continue apa yang aku nak tulis kat bawah nie, aku nak wish Happy Chinese New Year untuk semua warga Cina yang ada kat Malaysia nie terutamanya kat member2 Chinese aku, kat family aku and also untuk diri aku sendiri. Haaaa, mesti ada yang xtaw kan? aku sebenarnya ada laa sikit darah Cina mengalir dalam badan aku nie. So, memang every Chinese New Year aku akan sambut dengan family aku. itu pun kalau aku x jauh dari dorang laa. hihi.
after last entry aku hari tuh, jari jemari aku nie asyik rasa gatal nak menaip je, nak menulis entri baru tapi aku xde idea nak tulis pasal apa. pasai tu laa aku p post kat "mukabuku" tu macam yang korang nampak kat atas tuh. tetiba member aku, yang juga adalah follower blog aku tu, p laa komen suh post pasai Monday Couple aku tuh. haha. like what have I told her, yes aku dah jarang contact dia dan sekarang pulak idea untuk aku menulis entri baru nie dah datang. hahaha. Monday Couple? nope! entri kali nie bukan pasal dia, as you saw above, this new entry titled as "new month new life" right? keuchi? (LOL, korea pulak tiba-tiba). bulan baru nie, aku nak buka buku baru. aku nak bahagia macam orang lain juga. aku ada dia, insyaAllah, aku akan bahagia. walaupun hanya seketika Allah pinjamkan dia untuk aku.
aku sebenarnya xnak laa cerita macam mana kami kenal, apa kami bualkan pada first conversation kami. aku just boleh bagitahu sedikit about his background. =) dia, atau untuk lebih senang aku gelar dia sebagai Mr.I , sebenarnya orang senegeri aku, orang Sabah tapi dia duk area Ranau, aku area Tenom. kira jauh laa jarak rumah kami. haha. and bila dah masuk UPM nie baru laa aku perasan yang kami nie sebenarnya dulu satu matrik, KML. haha. entah macam mana satu hari tuh, kitorang tercouple. ohmy! seriously, tanpa aku sedari aku dah couple dengan dia. macam mimpi rasanya taw. malam tuh after declare terus aku mimpi dia. bengong laa. haha. tapi yang aku taw dua hari aku tersengih-sengih sampai makcik aku pun perasan.
tiba-tiba one day tu, dia call aku. and it's like...
haha. macam tu laa yang aku rasa. speechless. tapi still okey, aku buat selamba je bila cakap dengan dia. haaaaa, yang first komen tu dia laa. hihi. after declare kami couple dia dah jadi stalker setia aku dah. macam tu juga aku. bukan setakat "mukabuku" dia je aku stalk, twitter dia pun aku stalk juga. hahaha. cakap pasal on the phone nie kan, beberapa hari yang lepas dia call aku. lepas je call, dia text aku. and for the first time ada orang cakap kat aku yang dia suka dengar aku gelak. comel katanya. hahaha. aku baca je text dia yang tu, terus gelak guling-guling atas katil dohh. serius lucu and dah sememangnya laa aku happy kan. hihihi.
hoho. nie one of our "mukabuku" komen-komen session. haha. I'm happy to be with him. dan aku harap aku dapat bersama dia lebih lama dan aku harap dia dapat terima aku apa adanya. =) "kalau kau serius, aku pun serius." aku terima dia as my someone special sebab ayat dia nie laa. semakin hari aku bersama dia, aku rasa semakin aku sayangkan dia. walaupun aku rasa sakit hati kadang-kadang, tapi aku buang perasaan tu jauh2. walaupun ada sedikit keraguan dalam jiwa ini, aku tepiskan semuanya. sebab aku nak bagi diri aku peluang untuk merasakan bahagia macam orang lain yang ada kat luar sana tuh. biasalah, nie kan masih terlalu awal untuk membuat olahan tentang perangai dia tu, lama-lama nanti insyaAllah aku akan paham dia. begitu juga dia.
adik aku ada cakap dengan aku hari tu, "weyy, nenek dah restu kau dengan dia." "aku dengan dia? apasal kau cakap macam tu tiba-tiba nie?" "hari tu masa kau tengah calling dengan dia, nenek tanya aku kau pergi mana. aku bagitahu laa kau calling dengan dia. then nenek pun cakap, bagus laa kalau macam tu. nanti nak balik Sabah dah ada kawan. x payah nak risau pasal apa-apa lagi." "haha. itupun kau nak cakap nenek dah restu aku dengan dia? x logik betul. aigooo~" "weyy, kau x ingat ke? dulu masa kau calling dengan ex kau, betapa nenek tu marah sangat dengan kau kan? ingat x? tapi bila kau calling dengan si I tu, nenek sikit pun x marah dohh. siap suh balik sekali lagi cuti sem depan." Hohoho. aku terdiam terkaku lidah terkelu tak tahu nak cakap apa lagi lepas adik aku cerita macam tu. apa-apa pun, aku x mengharap lebih. macam yang dia pernah cakap sebelum kitorang declare apa-apa, "walau apapun yang terjadi dengan kita pada masa akan datang, berjaya atau tidak kita dalam perhubungan ini, biarlah kita jadi kawan okey? dan aku harap kau tak membenci aku masa tuh." insyaAllah. korang please doakan kami bahagia ya? walaupun hanya untuk seketika. aku x minta pun dia tu #SetiaHujungNyawa sangat, (wahhh, dah macam twitter pula main hashtag segala bagai) tapi cukup untuk mengisi kekosongan di hati ini. aminn~
sekian, itu sahaja dari aku pada entri kali ini. dan aku harap bulan baru nie dapat memberi kehidupan baru untuk aku, nafas baru dan bahagia untuk aku rasa. korang doakan untuk aku ya, dan untuk dia juga. doakan kami bahagia. terima kasih.
Babai. Assalamualaikum. ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)




