ikon twitter


Wednesday, 10 April 2013

MidTerm Holiday

Holiday?? boleh dikatakan holiday aku kali nie sangat2 best. hehe. yang pertamanya, aku balik Sabah sekali dengan Mr.I aku. yang keduanya, parents aku langsung xtaw yang aku dah booked tiket balik Sabah. In the same time, masa aku balik tu..parents aku tengah buat kenduri kat kampung sebelah mak aku. so, aku cakap kat kazen aku, better ambik aku kat airport and hantar terus balik kampung mak. dia pun okey dengan cadangan aku. =)

aku balik Sabah hari isnin(8 April 2013). nie nak story sikit laa pasal kronologi starting from aku kat upm sampai laa kat rumah. =) Firstly, aku dah siap angkat barang2 semua, tunggu teksi ambik aku kat busstop Kolej Serumpun tu. aku ingat, pakcik teksi tu ambik aku dulu, baru g ambik dia(Mr.I)..rupanya x, pakcik tu g ambik dia dulu, baru ambik aku. so, kami pun naik laa teksi tu sampai ke LCCT. bila dah sampai, dia cakap kat aku. "perghhh~ sejam je dah sampai? awal sehh." haha! aku ingat dia taw kalau naik teksi dari upm pergi LCCT memang ambik masa sejam je. kalau naik bas, confirm laa 2 jam. cuba korang bayangkan, flight kitorang pukul 3.15pm..tapi kitorang dah ada kat LCCT pukul 10am. x ke kerja giler namanya tu, 5 jam kot kena tunggu kat LCCT tu. dia pun cakap laa.."hah..selalu date 5-30minit..sekarang rasa laa, date 5 jam kat LCCT. x termasuk dalam flight lagi..2jam 30minit..haha!" LOL. mostly masa aku dihabiskan dengan berborak bersama dia. makan, teman dia g beli barang sikit. sama-sama check-in, tunggu kat boarding gate, sama-sama naik flight, turun flight..bahagia seketika. haha! 

bila dah landing kat Terminal 2 Kota Kinabalu, kitorang pun tunggu laa luggage aku keluar. then, dia call bakal abang ipar dia. abang dia cakap, dorang tunggu dia kat KKIA. si Mr.I nie pun terkejut laa. naik angin juga masa tu dia. tapi dia control. haha! lepas ambik luggage aku, dia tarik keluar. dia laa tukang tarik luggage aku tu. dari KLIA sampai laa kat T2KK. haha! bodyguard aku laa katakan. >.< dah keluar tu pula, aku nampak dia tengah senyum+gelak tengok 3 orang kat depan tu. 2 lelaki, 1 perempuan. 3 orang tu pun gelak tengok kitorang. haihh, pelik. siapa tu? family dia kot. hatiku berkata. aku pun tanya laa kat dia, siapa tu? sampai je dekat 3 orang tu, dia kenalkan sorang demi sorang kat. aku jadi nervous dan malu. tapi muka slamba je senyum tengok dorang. so aku just hulur tangan dan salam kat kakak sulung dia. cantik woo kakak dia, pakai spek macam aku, tapi putih giler. "balik ranau juga ke?" "oh, x laa. balik tenom. =)" "hah, nie orang tenom." "duk tenom kat area mana?" "kat kampung undusan." "oh, kat mantailang tu eh?" "kat bawah lagi. =)" pastu aku pun pergi kat luggage aku, dan bukak. nak ambik bread gardenia yang kitorang beli kat LCCT tu. beg aku kat berkunci, so aku bukak laa. dia nampak tangan aku m'geletar bukak beg tu, dia cakap. "aik, kenapa? nervous ke?" "syhhh, diam. memang nervous pun. mana laa taw boleh terjumpa kakak kau tu." haha. tergelak-gelak aku keluarkan roti tu. yelah, masa beli gemuk bukan main, dan keluar jadi kurus pulak roti tu. haha! lepas tu, dia pun balik ikut kakak dia, aku balik ikut kazen aku. fuhh, penat sehh. sampai tertidur aku kat dalam kereta masa otw balik kampung masa tu.

HAH!!! plan aku nak surprisekan parents aku yang aku balik Sabah. tup tup, sampai je kampung aku nampak ramai pakcik2 kat luar rumah. kereta pun banyak, sampai kazen aku xtaw nak park kereta kat mana. full house dohh. pakcik ramai, makcik pun ramai. bapa aku dah kat tepi pintu rumah, tengok siapa laa yang datang lepas kenduri tu tamat kan. aku pun siap jerit2 kot dalam kereta tu. risau juga kalau dorang marah aku. tapi, aku kuatkan hati. keluar juga dari kereta tu. haha! aku salam semua pakcik aku, peluk cium makcik dan nenek aku. sampai kat bapa, aku salam dia tolak aku. marah+terkejut sebab aku balik x bagitahu kat depa. haha. aku peluk cium dia. mak aku sampai static kat depan pintu bilik makcik aku. aku terus peluk cium dia. haha! memang happening giler laa masa tu. semua makcik/pakcik aku tanya benda yang sama. "bila sampai?" "cuti berapa lama?" "bila balik kolej?" "balik dengan siapa?" haha. semua aku jawab dengan senyuman kat muka aku. haha. happy teramat-amat happy kot. then aku cerita laa everything yang aku plan before balik Sabah. aku cerita kat mak yang aku balik dengan Mr.I. semua laa aku bagitahu. dia senyum je. nasib kali nie dia x marah aku balik mengejut. masa kat matrik dulu, balik 3 hari je tapi dia marah giler kot kat aku. kali nie x marah dah. =) and aku balik kolej nanti pun balik sekali dengan Mr.I taw. tadi aku siap tolong ubah seat dia lagi kot. aku pilih seat belakang, sebab tu je yang kosong lagi. yup!! dia duduk sebelah aku. =)

So, that's the story of my journey back to Sabah from Kuala Lumpur. =) I uploaded some photos of me and my family. =)

nie adik aku, Nana. dia dukung kazen kembar aku.

aku dengan Nana

Nana bersama kazen2 aku yang lain. muka giler2 semua.

aku dan kazenku, Haris.

aku dan Haris lagi. >.<

nana yang pendek tapi comel bagi aku. Love u sis!

well, this is my dad! love u Dad!

sekali lagi dengan Nana.

Nana with my mum! love them!

me and my beloved mum! Love u!

me and grandma! senyum x hilang walau datuk baru je arwah. al-fatihah.

we all. =)


we all again. 

Nana and grandma. 

them again. >.<

this one was the craziest! haha! my sis and my bro. love u two!

sekian, di sini sahaja coretan aku kali ini. =)
Assalamualaikum.

Wednesday, 27 March 2013

tak pernah dibuat dek orang

Assalamualaikum,
malam semalam kitorang texting, masa tu dia ada kelas kat DKAP, UPM. pukul 8-11pm. Dia tanya, "esok kau ada kelas kat fakulti x?" aku balas, "kelas aku memang hari2 kat fakulti/DKAP tu pun. kenapa?" "xde laa, kalau kau nampak something kat area tu esok, terus call aku dengan suara yang excited taw? so be alert with your surrounding." "oh, okey. aku try be alert with it." So, this morning aku bangun awal dari yang selalu laa. nak g tengok sementara yang lain x datang lagi. risau dia buat something yang akan memalukan kami berdua. haha.

So, pagi tadi aku minta laa member aku temankan pergi tengok. At first tu, aku langsung x nampak apa pun yang ada kaitan dengan aku. then aku text dia tanya, "xde apa pun kat sini." "kau dah sampai kelas ke? kelas pukul berapa?" "a'ah, dah. kelas pukul 8" "hmm, dah tengok busstop?"  "x lagi, xpe laa..nanti aku g tengok lagi. =)" hmm, wait after class habis, then aku drag lagi sorang member aku pergi tengok for the second time. hmm, hampeh. still x nampak.

Then, for the third time..after gap for 1 hour before I'm taking my Statistics's Test 1, aku sekali lagi drag member aku pergi tengok kat area busstop yang aku x sempat tengok tadi. cari punya cari, still x jumpa. TUP! kat sebelah tu aku nampak the only kertas putih tertampal kat satu penjuru. aku jeling dari jauh nampak macam nama aku tertulis kat sana. apa lagi, aku terus laa pergi tengok. and my expectation was right!


nampak x? kalau x nampak, klik je gambar tu. =) haha. yang nie bukan kat noticeboard kat busstop faculty aku, nak ambik gambar masa tu xleh. ramai orang. haha. so, aku ambik je paper tu terus pergi kelas. and then bila balik bilik aku terus tampal kat wall aku a.k.a my blue noticeboard. (^^,)

comel x? haha! nak kata dia jiwang x, sweet pun x, romantic maybe? aww~ xtaw nak cakap pe.(tiru gaya Johan cakap cina) LOL! x pernah dibuat dek orang kot benda nie. ish3. tapi aku sangat2 terharu. Thank you so much, Mr.I. =) 

after aku ambik kertas nie, masa otw nak pergi kelas statistics tu, aku terus call dia seperti yang dia suruh. masa dia jawab, terus je dia gelak kat aku. aku bagitahu laa aku dah nampak benda tu. *gelak lagi* aku ambik dah, malu laa weyy kalau letak sana lama2. x pasai2 aku femes pasal benda tu. haha! dia pun cakap laa, "dah2, pergi laa masuk kelas. ada test kan? good luck taw. aku baru je sampai kolej nie. kelas dah habis, petang nanti baru ada kelas lagi. bye, Assalamualaikum." conversation kitorang habis kat situ je laa. sepanjang jawab test statisctics tu, aku dah laa duduk depan sekali, senyum je laa kerja aku. nasib cukup masa jawab test. hantar on time lagi kot. haha! happy!

x sangka pula lepas habis kelas pukul 2, masa aku nak balik bilik member aku kat kolej lain, aku ternaik bas yang sama dengan dia. tapi dia nak pergi kelas laa, aku nak balik. serious x sangka kitorang boleh terserempak kat dalam tu. and this was the third time kot jumpa dalam keadaan macam nie. x dirancang! aku pun apa lagi, xnak lepaskan peluang untuk duduk sebelah dia. (gatal juga aku nie. haha!) dia sempat lagi tanya, "mana kertas tu?*sambil gelak comel*" "erm, ada. aku simpan dalam fail. nie hah!" then dia story sikit pastu, dia turun fakulti dia dah. ada kelas. hmm. hehe. so, as a conclusion aku tersangat-sangat happy hari nie Alhamdulillah, terjumpa kali nie sangat mengubat rindu aku kat dia. =) Allah itu kan Maha Mengetahui? 

Sekian semuanya, Assalamualaikum. (^^,)

Tuesday, 26 March 2013

dugaan yang mendatang


Tidak ada sebuah perhubungan yang tiada dugaan dan ujian dariNYA.

 Alhamdulillah, aku semakin bahagia dengan hadirnya dia disisi aku sekarang nie. Happy? yang tu jangan tanya laa, memang teramat happy pun. tambah2 pula bila terserempak dengan dia kat mana2 area upm nie. hoho! aku sayang dia. sangat2 sayang. Tuhan lebih sayang dia jika dia nak pisahkan kami sebab aku terkejut dengan pertanyaan dia tadi.

+ boleh tolong aku x? tolong tanya siapa2 macam mana proses pertukaran university?
- kau nak tukar U ke?
+ ya =)
- nak tinggalkan aku sendiri kat sini laa ye? =( hmm, yelah..roommate aku kata kena urus sendiri kat bhgn KPT kat Putrajaya..
+ em, xde laa. jom kita tukar U? hehe..aku nak stay sana, kat sini jauh laa dari rumah.
- hmm? xpe laa, kau je laa tukar U. aku nak stay kat sini.
+ yelah, take care. bye.
- :'(

siapa x sedih kan bila couple kita elok2 satu U tetiba nak tukar U sebab dia nak study kat tempat yang dekat dengan rumah. yelah, sabah dengan selangor jauh kot. berbaloi ke kalau aku ikut dia tukar U? aku dilemma weyy dalam hal nie. kena ikut emosi atau fikiran? Kalau ikutkan hati, memang aku nak ikut dia tukar U sebab aku xnak study jauh2 dengan dia. Kalau ikut fikiran, x berbaloi kot if aku ikut dia hanya kerana nak satu U dengan dia. what if my pointer drop after I followed him study in the same U later? 

So, I'd decided that I won't followed him. I will stay here until I graduate my course here. Like what I always said to myself, 'I started here, I finished here.' . tempat study jauh atau dekat x dapat mengukur kasih dan sayang kita pada seseorang itu. yang penting kena saling mempercayai dan saling memahami. bak kata pepatah, jauh di mata, dekat di hati. Kalau dah jodoh x ke mana pun dia tu. =)

sedih pula entri aku kali nie kan? xpe laa, kalau dah suratan takdir macam tu..aku terima je. semoga dia x berpaling hati dengan aku(eh? ada ke macam tu?) hmm. 

Sekian, Assalamualaikum. =)