ikon twitter


Wednesday, 27 March 2013

tak pernah dibuat dek orang

Assalamualaikum,
malam semalam kitorang texting, masa tu dia ada kelas kat DKAP, UPM. pukul 8-11pm. Dia tanya, "esok kau ada kelas kat fakulti x?" aku balas, "kelas aku memang hari2 kat fakulti/DKAP tu pun. kenapa?" "xde laa, kalau kau nampak something kat area tu esok, terus call aku dengan suara yang excited taw? so be alert with your surrounding." "oh, okey. aku try be alert with it." So, this morning aku bangun awal dari yang selalu laa. nak g tengok sementara yang lain x datang lagi. risau dia buat something yang akan memalukan kami berdua. haha.

So, pagi tadi aku minta laa member aku temankan pergi tengok. At first tu, aku langsung x nampak apa pun yang ada kaitan dengan aku. then aku text dia tanya, "xde apa pun kat sini." "kau dah sampai kelas ke? kelas pukul berapa?" "a'ah, dah. kelas pukul 8" "hmm, dah tengok busstop?"  "x lagi, xpe laa..nanti aku g tengok lagi. =)" hmm, wait after class habis, then aku drag lagi sorang member aku pergi tengok for the second time. hmm, hampeh. still x nampak.

Then, for the third time..after gap for 1 hour before I'm taking my Statistics's Test 1, aku sekali lagi drag member aku pergi tengok kat area busstop yang aku x sempat tengok tadi. cari punya cari, still x jumpa. TUP! kat sebelah tu aku nampak the only kertas putih tertampal kat satu penjuru. aku jeling dari jauh nampak macam nama aku tertulis kat sana. apa lagi, aku terus laa pergi tengok. and my expectation was right!


nampak x? kalau x nampak, klik je gambar tu. =) haha. yang nie bukan kat noticeboard kat busstop faculty aku, nak ambik gambar masa tu xleh. ramai orang. haha. so, aku ambik je paper tu terus pergi kelas. and then bila balik bilik aku terus tampal kat wall aku a.k.a my blue noticeboard. (^^,)

comel x? haha! nak kata dia jiwang x, sweet pun x, romantic maybe? aww~ xtaw nak cakap pe.(tiru gaya Johan cakap cina) LOL! x pernah dibuat dek orang kot benda nie. ish3. tapi aku sangat2 terharu. Thank you so much, Mr.I. =) 

after aku ambik kertas nie, masa otw nak pergi kelas statistics tu, aku terus call dia seperti yang dia suruh. masa dia jawab, terus je dia gelak kat aku. aku bagitahu laa aku dah nampak benda tu. *gelak lagi* aku ambik dah, malu laa weyy kalau letak sana lama2. x pasai2 aku femes pasal benda tu. haha! dia pun cakap laa, "dah2, pergi laa masuk kelas. ada test kan? good luck taw. aku baru je sampai kolej nie. kelas dah habis, petang nanti baru ada kelas lagi. bye, Assalamualaikum." conversation kitorang habis kat situ je laa. sepanjang jawab test statisctics tu, aku dah laa duduk depan sekali, senyum je laa kerja aku. nasib cukup masa jawab test. hantar on time lagi kot. haha! happy!

x sangka pula lepas habis kelas pukul 2, masa aku nak balik bilik member aku kat kolej lain, aku ternaik bas yang sama dengan dia. tapi dia nak pergi kelas laa, aku nak balik. serious x sangka kitorang boleh terserempak kat dalam tu. and this was the third time kot jumpa dalam keadaan macam nie. x dirancang! aku pun apa lagi, xnak lepaskan peluang untuk duduk sebelah dia. (gatal juga aku nie. haha!) dia sempat lagi tanya, "mana kertas tu?*sambil gelak comel*" "erm, ada. aku simpan dalam fail. nie hah!" then dia story sikit pastu, dia turun fakulti dia dah. ada kelas. hmm. hehe. so, as a conclusion aku tersangat-sangat happy hari nie Alhamdulillah, terjumpa kali nie sangat mengubat rindu aku kat dia. =) Allah itu kan Maha Mengetahui? 

Sekian semuanya, Assalamualaikum. (^^,)

Tuesday, 26 March 2013

dugaan yang mendatang


Tidak ada sebuah perhubungan yang tiada dugaan dan ujian dariNYA.

 Alhamdulillah, aku semakin bahagia dengan hadirnya dia disisi aku sekarang nie. Happy? yang tu jangan tanya laa, memang teramat happy pun. tambah2 pula bila terserempak dengan dia kat mana2 area upm nie. hoho! aku sayang dia. sangat2 sayang. Tuhan lebih sayang dia jika dia nak pisahkan kami sebab aku terkejut dengan pertanyaan dia tadi.

+ boleh tolong aku x? tolong tanya siapa2 macam mana proses pertukaran university?
- kau nak tukar U ke?
+ ya =)
- nak tinggalkan aku sendiri kat sini laa ye? =( hmm, yelah..roommate aku kata kena urus sendiri kat bhgn KPT kat Putrajaya..
+ em, xde laa. jom kita tukar U? hehe..aku nak stay sana, kat sini jauh laa dari rumah.
- hmm? xpe laa, kau je laa tukar U. aku nak stay kat sini.
+ yelah, take care. bye.
- :'(

siapa x sedih kan bila couple kita elok2 satu U tetiba nak tukar U sebab dia nak study kat tempat yang dekat dengan rumah. yelah, sabah dengan selangor jauh kot. berbaloi ke kalau aku ikut dia tukar U? aku dilemma weyy dalam hal nie. kena ikut emosi atau fikiran? Kalau ikutkan hati, memang aku nak ikut dia tukar U sebab aku xnak study jauh2 dengan dia. Kalau ikut fikiran, x berbaloi kot if aku ikut dia hanya kerana nak satu U dengan dia. what if my pointer drop after I followed him study in the same U later? 

So, I'd decided that I won't followed him. I will stay here until I graduate my course here. Like what I always said to myself, 'I started here, I finished here.' . tempat study jauh atau dekat x dapat mengukur kasih dan sayang kita pada seseorang itu. yang penting kena saling mempercayai dan saling memahami. bak kata pepatah, jauh di mata, dekat di hati. Kalau dah jodoh x ke mana pun dia tu. =)

sedih pula entri aku kali nie kan? xpe laa, kalau dah suratan takdir macam tu..aku terima je. semoga dia x berpaling hati dengan aku(eh? ada ke macam tu?) hmm. 

Sekian, Assalamualaikum. =)

Sunday, 17 March 2013

Pintaku

Kasih,
Di sini bermulanya kisah kita berdua,
mukabuku pertemukan kau dan aku,
perkenalan kita bermula sebagai sahabat,
lalu dari kata merubah segala,
dari sahabat menjadi kekasih hati.

Aku fikir
mungkin aku hanya bermimpi,
ditemukan dengan lelaki seikhlas dirimu,
dan pabila aku bangun pada pagi itu,
ternyata kau realiti,
yang DIA pinjamkan untukku.

Sayang,
kau dengarkanlah kata hatiku ini,
bahawa aku kasih padamu,
aku sayang padamu,
aku cinta padamu,
dan aku rindukanmu.

Bisakah kau menjaganya?
cuma hati ini aku titipkan
kau simpan dan jaga,
rawatlah seperti kau rawat hatimu,
kerna tanpa hati ini,
mana mungkin aku mencintai kau.

Pintaku yang terakhir,
terimalah aku apa adanya,
seperti aku terima kehadiran kau,
dalam hidupku,
tidurku,
mimpiku juga igauanku,
sayangilah aku,
hargailah aku,
selagi aku masih berada disampingmu.

Demi DIA,
semoga cinta kita tetap bersemi,
semoga cinta kita terus bersemadi,
bersama nadi-nadi cinta ILAHI.

Hasil nukilan,
Ainur Rahim.