ikon twitter


Wednesday, 19 June 2013

sekali lagi...

assalamualaikum...untuk kesekian kalinya aku kembali ke sini. haha. salam rindu buat semua pembacaku. dah berhabuk aku tengok blog kesayangan aku nie. hmm. sorry baby. aku busy sikit untuk final exam sem nie. bukan busy study je taw, busy b'drama/movie marathon pun ada. hah! tang ini mana boleh lupa babe, me-runningman-kan diri. OPPSSS!!! sorry Mr. I...aku pinjam ayat kau nie. >.< hope you don't mind sayang. ;) aku xleh study sangat kalau ada lappy nie depan mata. ada je nak dibukak, di tonton oleh aku. even yang dah pernah tengok pun aku repeat lagi tonton. =.=|| 

ya, sekali lagi aku menghadapi study week before final exam, sekali lagi duduk exam kat dalam dewan exam *ayat je dewan, tapi semua buat kat bilik seminar/kuliah..huhu* jawab paper. hmm. exam yang paling teruk kot untuk aku. kalau result aku x okey sem nie, semua salah aku x study betul2. pastu kena salahkan lappy juga. eh? haha! sebab kalau lappy ada, ingat nak online je, tengok movie laa, drama laa, running man laa. semua nak ditengok. ERGHHHH!!! stress aku dengan benda nie. tapi bila xde lappy kesayangan aku nie, xleh buat kerja pulak aku. assignment semua perlukan lappy nie. hmm. semua benda ada pros and contras dia kan? so, salah siapa??! salah sendiri x set niat betul2. xpe, aku cuba buat sehabis baik untuk last 2 papers aku nie. FIGHTING!!!

iya, sekali lagi aku rasa x sabar nak balik rumah! balik sabah! hehe. rindu sangat2 kat family aku. rindu kat nenek, bapa, mak, adik2, akim, alim, meimei, qaqa. semua laa! bestfriend aku, Wan pun xkan aku lupakan. hehe. kena juga jumpa dorang nie nanti. balik bawak kain raya juga taw, nak mintak makcik aku jahitkan untuk aku. btw, tahun nie family aku x tetapkan warna tema untuk baju raya kitorang. mak kata, "suka hati korang laa nak guna warna apa. tahun nie kita kalerful." haha! kalerful tuh! >.< at first, aku nak beli kain warna biru turqoise atau coklat. tapi bila dah sampai kat kedai kain hari tu, hmm. konfius aku weyy. banyak sangat pilihan. sampai terpilih dan tersuka warna lain. aku terpilih 2 kain yang secara kebetulannya, dua2 kain tu bercorak bunga PINK!!! hoho. warna yang x pernah aku nak minat.*kecuali masa kecik laa*...=.=|| setelah meneliti warna, jenis kain, corak bunga semua, aku pun belilah dua2 kain tu. dan seharian tu sampai laa ke bilik, dah terbayangkan raya tahun nie pink-pink laa aku. haha! aku tersuka pink!!! >.< konfem adik aku gelak kat aku nanti. arghhhh! persetankan dengan semuanya! janji aku suka kain aku tu, dan kelainan akan berlaku keatas aku raya tahun nie. insyaAllah. >.< xpe xpe, yang penting sekarang AKU NAK BALIK!!!

dan sekali lagi aku rasa rindu kat kau Mr. I. sangat-sangat rindu. walaupun dah jumpa lepas jawab first paper hari tu. eh? haha. tapi masih lagi rindukan kau. btw, kitorang jumpa pun sebab nak ambik barang kiriman je. x lama pun. tapi alhamdulillah. terubat rindu. hehe. dengar gelak tawa kau, tengok senyuman kau yang boleh buat aku melt for a moment. sangat indah bila dikenang kembali. aku akhirnya pun turut tersenyum dan tergelak dengan perangai kau masa tu. sesuka hati kau je buat muka annoying tu depan aku, kan? tapi xpe, aku suka. ;) haha. dengar pulak cerita kau yang x pernah nak membosankan aku.*cuma aku je yang selalu membosankan kau, kan?* ya, aku terhibur sayang. ;) terima kasih sebab hadir dalam hidup aku untuk seketika ini. semoga Allah panjangkan masa untuk aku bersama kau. jaga kesihatan diri taw, mungkin kita x lagi akan berjumpa sehingga laa sem depan. cuti kan? so masing2 kat rumah masing2. xleh jumpa melainkan Allah dah rancang semua tu untuk kita. =)

ermmmm..rasanya..aku nak selitkan laa gambar2 aku yang latest..walaupun ianya bukan gambar baru..semua gambar lama..*dua tiga bulan lepas punya gambar*...boleh kan? hehe. sorry. aku x cantik, x comel, x perfect. tapi aku tetap bersyukur. =) Alhamdulillah.

nie masa projek mega baksis, dah lupa laa kenapa aku malu nie. huhu.

so, which one do you prefer? >.<



ala2 gwiyomi gitu. tapi macam b'terabur aku tengok. haha. XD

with dayah and afi. ;)

alamak, dayah tutup mata laa pulak. kyaaa~

with the budak2 MTM baru untuk sem depan. >.<

nie dia, rumet aku. kak zilah. =)


again, afi interrupt. haha. one of my besties here. ;)
last class. statistics. coursemates. prof azmi. =)

another from dayah's phone.

another last class picture. >.< konfem rindukan prof lepas nie. ;)

with the pakcik gerak khas. hah!

cukup! haha. dah banyak aku rasa nie gambar aku dengan member2 aku. >.< yeahh. sem dua buat aku dah hampir tamat dan akan tamat setelah 2 paper terakhir kami selamat aku jawab nanti. huhu. doakan aku ya. ;) sayang korang semua. *gedik pulak tetiba.* hehe.

Sekian, Assalamualaikum. *menguappp..ngantuk dah nie..*

Saturday, 25 May 2013

and I called it a day!

a day to remember...
yeah! a day for me to remember for the whole of life. ^,^ nak dijadikan cerita, petang tadi masa aku tengah online, tweeting...mamat yang aku gelar mr. I tu tweet aku..tanya aku "petang nie busy x? jom tengok wayang!" wowowow! dia ajak aku keluar weyy! haha! happy moment ever! aku pun cakap laa, "aku x busy..pukul berapa nak keluar?" "sekarang laa..g siap cepat.." hah! sepantas kilat aku g bersiap. perut yang tengah lapar pun aku biar je demi nak keluar dengan dia. jarang taw kitorang dapat keluar sama2 nie. seriously, aku sangat2 happy masa tu. >.< 


I'm going on a date! >.<


jyeahhh! I'm damn happy! aku rasa first date kot? hehe. ;) then, kitorang pun keluar laa. dia sebenarnya nak ajak aku tengok wayang "Fast and Furious 6". dah lama dia tunggu nak tengok movie nie, since bulan March tu lagi. nie dia yang bagitahu kat aku laa. aku x kisah sangat movie apa nak tengok asalkan aku dengan dia. hehe. sepatutnya, khamis hari tu lagi dia nak tengok..tapi x jadi sebab aku suh dia selesaikan kerja2 yang ada tu dulu. for his own goodness juga kan? so, dia ajak laa aku tengok sekali dengan dia hari nie. sampai kat mall tu tadi, kitorang g beli tiket. kira nak tengok yang pukul 4pm punya, sekali tengok tiket masa tu SOLD OUT! so, terpaksa beli tiket pukul 6.05pm punya. aku cakap laa, "kau kan dah lama tunggu nak tengok movie nie..disebabkan aku x bagi kau keluar khamis hari tu, so hari nie aku akan temankan juga kau tengok movie nie. x kisah laa pukul berapa." =) so, dia pun pergi laa beli tiket tu. yeah, dia belanja. thanks syg!

after beli tiket, dia pun ajak laa aku g makan! "hari tu kau kata nak makan lasagna kan? jomlah, aku belanja! tapi kau cari tempat tu k?" "okey! =)" jyeahhhh! dapat makan lasagna! haha. so, aku pun bawak laa dia pergi restoran tu. tapi buat malu sendiri je, aku lupa kat mana restoran tu. pastu dia tanya, "cuba bagitahu aku restoran apa kau nak pergi nie?" "restoran SFP." laa, rupanya dia tahu tempat tu, tapi x pernah masuk laa. sebabnya dia dah hafal nama2 tempat kat mall tu. haha! then, kitorang pun makan laa. eh? silap! aku je makan, dia minum je sebab dah kenyang katanya. >.< x kisah laa, janji aku makan. lapar weyy! habis je makan, kitorang ada lagi 1 jam 30 minit before the movie start. then, aku tanya laa. "lepas nie kita nak g mana?""kita g karaoke laa..nak x?" "hmm, aku okey je." =) one hour juga laa karaoke. tapi dia je yang nyanyi, aku jadi audience dia masa tu. hehe. suka dengar dia nyanyi taw. suara dia best!

tadaaa~ nie laa movie yang kitorang tengok tadi. >.<

seriously, aku memang x minat movie nie. tapi bila tengok tadi, perghhh! gempak giler movie nie. x berbaloi ikut dia tengok sekali taw. hehe. korang pergilah tengok eh kalau ada masa nanti? =) and so, just like that I called it a day! a day for me to remember! thank you so much sayang, for the memory you gave me today! I'll promise you that I will never ever ever gonna forget it. and I hope the same goes to you. ;)

sekian entry happy dari aku untuk korang. 
Assalamualaikum!

Thursday, 23 May 2013

R I N D U

assalamualaikum. rindu. rindu. rindu. aku rindu dengan bapa aku, mak, adik-adik, keluarga dan member2 aku kat sabah. YES, aku rindu mereka semua. >.< nak taw satu cerita, hari tu aku xde kelas pagi. so kerja aku bila xde kelas nie memang mostly akan menghadap lappy je laa. then, pagi tu aku layan youtube. sebab wifi tengah sayang aku, and aku dapat tengok video tanpa buffering. haha! best kan? =) then, aku tetiba nak layan lagu 月亮代表我的心 (Yuèliàng dàibiǎo wǒ de xīn.) tajuk lagu nie n english is "the moon represents my heart". lagu nie dinyanyikan oleh Teresa Teng. bila dengar je lagu nie, confirm aku akan teringat kat bapa aku. sebabnya, kalau kat rumah..bila tengah duduk santai2 dengan bapa aku, datang mood dia nak nyanyi lagu cina, confirm agu nie dia akan nyanyi. so, bila aku dengar je lagu nie, terus aku akan ingat kat bapa aku. =) aku membesar dengan lagu2 macam nie laa. lagi satu, lagu Teresa Teng yang aku suka sangat dengar adalah 甜蜜蜜(Tiánmì mì) yang bermaksud "sweet as honey". yang nie pula makcik aku selalu nyanyi. so this song will make me remember her. =) 

masa tu aku terus laa call dorang, but x dapat. dorang x jawab pun call aku. okey, dorang busy kot. so, malam tu..lepas maghrib..bapa aku call..dia tanya khabar..then kitorang pun borak laa macam biasa.. then aku story laa pasal aku dengar lagu tu and aku rindu sangat kat bapa aku. aku pun suruh laa dia nyanyi lagu tu untuk aku. serious aku rindu nak dengar dia nyanyi lagu tu..hehe..dengar punya dengar..aku pun ikut laa nyanyi sekali..hihi..tetiba masa tu, aku jadi sedih..terus slowly airmata aku keluar..aku pun berhenti laa nyanyi..then aku cakap kat bapa aku.."pa, tengok tu..sy nangis sudah.." "kenapa ko nangis?" "sy rindu bapa bha..dengar bapa nyanyi terus keluar airmata sy.." "rindu pun bulan depan ko nak balik juga kan? dah2. jangan nangis.." "tapi stress study sekarang nie...tu yang buat org tmbh rindu dengan family especially you.."..huhu...macam tu laa conversation kitorang..huhu.. my dad sebenarnya seorang yang garang, baran x menentu..tapi bila mood dia okey, dia laa orang yang paling kelakar dalam rumah tu. always buat aku gelak sakan. pastu kalau dia masak, kalah masakan mak..tapi dia jarang masak laa. hehe..pastu kalau kat rumah, dia paling suka suruh aku buat kerja..hehe..macam2 kerja dia suruh aku buat..aku buat je laa. =) walaupun kadang2 tu, dia suruh aku buat masa dia tengah marah2..aku faham, dia marah pasal tekanan kerja dia..so aku diam je. kan x baik nak lawan cakap orang tua..=)..aku nie jenis bila kena marah, aku akan diam. dan semua yang orang tu cakap kat aku akan stay kat otak aku baru masuk ke hati. sehh..pastu bapa aku nie suka suruh aku urut badan dia kalau dia penat. pernah aku tanya, kenapa x suruh adik urutkan..dia pun boleh urut kan? tapi bapa aku cakap, dia lebih suka suh aku yang urut..haha..mak, makcik dan nenek aku pun suka kalau aku urutkan badan dorang..hehe.. 

pernah dulu, masa kat matrik..aku kan x pernah duduk jauh dari family..so, masa puasa tu..bapa aku call..aku masa tu tengah buat tutorial..tengah stress giler2 laa..tiba2 dia call sambil gelak2..aku macam tambah tertekan laa..aku tertinggikan suara kat dia..then dia terasa..terus dia off call..a minute after that, aku rasa serba salah pulak. terasa yang aku dah terkasar kat dia..then aku call balik, dia x jawab..call mak, mak kata dia merajuk..aku terus nangis..jahat kan aku sampai buat ayah aku macam tu..aku suh laa mak aku pass hp tu bagi kat bapa..tp dia marah..kalau xnak cakap, xyah laa call! aku dengar kot walaupun hp tu jauh dari dia..seriously terasa..makin kuat aku nangis...last2 mak aku cakap, "cakap je laa dengan, kesian anak tu..dah menangis dah.." then, bapa aku jawab laa juga..huhu..aku sambil nangis2 tu aku minta maaf kat dia..aku explain everything sampai hilang marah dan rajuk dia..last2 dia pun nangis..dia rindu aku sebab tu dia call. nak dengar suara anak dia..sedih sangat2 masa tu..giler sembab habis mata aku lepas tu..sampai roommate pun tegur..huhu..then after that thing happened, aku dah x berani nak tinggikan suara kat bapa aku..sebab dia nampak je garang, baran...tapi kita x tahu dalam dia macam mana kan? so, jangan sesekali korang tinggikan suara kat ayah korang..melawan cakap..dia marah sebab dia sayangkan kita..x kisah laa, ayah ke, mak ke, janji orang yang lebih tua dari kita..please hormat dorang..sekarang, everytime dia call..aku pastikan akan tergelak dengan cerita dia..hehe..then, kalau kat phone, aku banyak ceritakan masalah harian aku kat sini dengan dia banding dengan mak..hehe..dia just dengar and gelak and bagi pendapat..haha..aku sayang sangat kat bapa aku..hehe.. I LOVE YOU DAMN MUCH DAD! AND THANK YOU ALLAH FOR GIVING ME A FATHER LIKE HIM! >.<

sekian..tu je laa entry aku kali nie. hehe.
Assalamualaikum. =)

p/s: aku rindu mr. I aku juga. >.< oppsss...hihi