ikon twitter


Tuesday, 20 August 2013

sakit

aku tahu dia xkan bukak dah blog nie. blog dia pun dia dah x update kot. xkisah laa apa dia nak cakap lagi. aku sakit. physically not, but emotionally yes. hati aku sakit everytime dia tweet. xtahu kenapa. aku dah jarang stalk twitter dia, sebab aku nak avoid daripada hati aku sakit. bila dia like/komen kat status/gambar fb aku, aku rasa confuse. happy but in the same time sakit. aku rasa sakit bila dia ignore aku. ignore text aku hari tu. since the day dia ignore texts yang aku hantar, tweet yang aku taip, aku cuba nak lupakan dia. aku cuba buang perasaan yang pernah ada untuk dia. tapi xboleh. aku x sama dengan perempuan lain yang boleh luahkan apa dia rasa directly to that person. I'm not. aku dah cuba nak luahkan kat dia, but still..I can't..aku just dapat luahkan kat sini. Sungguh aku sakit. hati aku sakit bila ingat dia. dan aku penat merinduinya yang dulu. dia yang selalu buat aku gelak x kira masa aku sedih, marah atau kecewa. mungkinkah aku ego? ada orang pernah cakap, sebagai seorang perempuan kena ada egonya tersendiri. xsalah kan kalau aku ego? =.=

mak aku tahu pasal aku dengan dia, pernah hari tu aku tanya mak..''mak suka x saya berkawan dengan dia?" mak cakap, "mak x pernah larang kau nak berkawan dengan siapa pun. kau dah besar, tahu menilai seseorang tu. so, pandai2 laa kau nilai dia. asalkan tahu jaga batas pergaulan." and I became speechless. aku akan cuba tabahkan hati aku. Ya Allah, aku mohon..kau dekatkanlah aku denganmu..hilangkan rasa sakit ini..aku tak sanggup terluka lagi..

entri yang agak sedih dari aku. 
sekian.
Assalammualaikum.

Thursday, 15 August 2013

huehhhhh >.< MISSLIST?!

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Aidifitri. Maaf Zahir dan Batin. Kepada semua pembaca, pengikut blog aku..kat sini aku nak minta maaf andai pernah terbuat salah silap dengan korang. tertulis tentang sesuatu yang menyinggung perasaan korang dalam aku sedar mahupun sebaliknya. dan aku nak minta maaf juga kalau bahasa aku nie kasar sangat sampai korang tak selesa. nak buat macam mana juga kan? dah aku suka macam nie. haha! >.< #sorrylambatwish

huehhhhh~ bunyi macam mengantuk je kan baca? sorry laa, lately nie xde cerita best nak share dengan korang. raya aku tahun nie pun x berapa best sebab ayah aku sakit. korang doakan dia cepat sembuh eh? terima kasih. ;) but still..bergambar memang hobi aku. haha. aku rasa, hobi semua orang kot. >.< Jom, tengok gambar yang aku upload nie. ;)

nana and me

nana, hariz (cousin), me
 
nie gambar favourite aku dengan adik aku. >.< #buatmukabetul

susah juga nak ambik gambar masa nie, sebab susah nak imbangkan badan. tu masalahnya. haha! #pahampahamjelah

hmm, gambar satu family xde. sebabnya rahsia. huhu. insyaAllah, kalau umur panjang tahun depan ada laa kot gambar family. ;) btw, kat sini aku nak bagitahu kat pembaca dan pengikut blog aku nie yang aku rindu budak2 kat list bawah nie. >.<

1. Noor Wann Sherlyana (bestfriend aku dari sekolah lagi)
2. Mr. 456 (A.K.A Mr. I tuh, xleh nak tulis nama penuh dia. >.<)
3. Nurul Rifqah (besties aku kat upm)
4. Siti Nadirah (besties aku kat upm juga. budak nie manja sangat kalau korang nak tahu. hehe.)
5. Nurul Afiqah (besties kat kolej aku, tapi aku biasa panggil dia afi.)
6. Noorazreen (another besties aku, aku panggil dia Ajin)
7. Nik Zuriatiy (besties lagi >.<)
8. Rima (roommate lama kat matrik dulu)
9. semua budak-budak SE yang rapat dengan aku, xkira lelaki ke perempuan. >.<
10. semua budak-budak ex-CP4T16 2011/2012, terutamanya Hazirah Rahah dan Marjorie Entela. >.<
11. semua budak-budak ex-4/5 Azam SMSA batch 2009/2010, terutamanya Amira Aisyah, Carine, Athirah, Elvy dan Hafiz Azwan. budak Hafiz nie dah x ingat aku kot, padahal dulu kat sekolah, dialah yang paling paham aku. nampak je aku sorang2 buat kerja, tahulah dia yang aku nie ada masalah. >.< rindu budak tu. hehe.
12. Ainnur Farahanis (kembar aku, hehe. dah lama aku x tweet dengan dia taw)

bukan wishlist nie, dah jadi MISSLIST dah nie. haha! banyak kan orang yang aku rindu? hihi. entah dorang nie ada rindu aku ke tak. kot-kot aku je yang terhegeh-hegeh rindukan dorang. kesian aku. =.=||

okey ah, setakat nie je entry aku. see you on the next entry. ;)
babai.
Sekian, Assalamualaikum.

Wednesday, 19 June 2013

sekali lagi...

assalamualaikum...untuk kesekian kalinya aku kembali ke sini. haha. salam rindu buat semua pembacaku. dah berhabuk aku tengok blog kesayangan aku nie. hmm. sorry baby. aku busy sikit untuk final exam sem nie. bukan busy study je taw, busy b'drama/movie marathon pun ada. hah! tang ini mana boleh lupa babe, me-runningman-kan diri. OPPSSS!!! sorry Mr. I...aku pinjam ayat kau nie. >.< hope you don't mind sayang. ;) aku xleh study sangat kalau ada lappy nie depan mata. ada je nak dibukak, di tonton oleh aku. even yang dah pernah tengok pun aku repeat lagi tonton. =.=|| 

ya, sekali lagi aku menghadapi study week before final exam, sekali lagi duduk exam kat dalam dewan exam *ayat je dewan, tapi semua buat kat bilik seminar/kuliah..huhu* jawab paper. hmm. exam yang paling teruk kot untuk aku. kalau result aku x okey sem nie, semua salah aku x study betul2. pastu kena salahkan lappy juga. eh? haha! sebab kalau lappy ada, ingat nak online je, tengok movie laa, drama laa, running man laa. semua nak ditengok. ERGHHHH!!! stress aku dengan benda nie. tapi bila xde lappy kesayangan aku nie, xleh buat kerja pulak aku. assignment semua perlukan lappy nie. hmm. semua benda ada pros and contras dia kan? so, salah siapa??! salah sendiri x set niat betul2. xpe, aku cuba buat sehabis baik untuk last 2 papers aku nie. FIGHTING!!!

iya, sekali lagi aku rasa x sabar nak balik rumah! balik sabah! hehe. rindu sangat2 kat family aku. rindu kat nenek, bapa, mak, adik2, akim, alim, meimei, qaqa. semua laa! bestfriend aku, Wan pun xkan aku lupakan. hehe. kena juga jumpa dorang nie nanti. balik bawak kain raya juga taw, nak mintak makcik aku jahitkan untuk aku. btw, tahun nie family aku x tetapkan warna tema untuk baju raya kitorang. mak kata, "suka hati korang laa nak guna warna apa. tahun nie kita kalerful." haha! kalerful tuh! >.< at first, aku nak beli kain warna biru turqoise atau coklat. tapi bila dah sampai kat kedai kain hari tu, hmm. konfius aku weyy. banyak sangat pilihan. sampai terpilih dan tersuka warna lain. aku terpilih 2 kain yang secara kebetulannya, dua2 kain tu bercorak bunga PINK!!! hoho. warna yang x pernah aku nak minat.*kecuali masa kecik laa*...=.=|| setelah meneliti warna, jenis kain, corak bunga semua, aku pun belilah dua2 kain tu. dan seharian tu sampai laa ke bilik, dah terbayangkan raya tahun nie pink-pink laa aku. haha! aku tersuka pink!!! >.< konfem adik aku gelak kat aku nanti. arghhhh! persetankan dengan semuanya! janji aku suka kain aku tu, dan kelainan akan berlaku keatas aku raya tahun nie. insyaAllah. >.< xpe xpe, yang penting sekarang AKU NAK BALIK!!!

dan sekali lagi aku rasa rindu kat kau Mr. I. sangat-sangat rindu. walaupun dah jumpa lepas jawab first paper hari tu. eh? haha. tapi masih lagi rindukan kau. btw, kitorang jumpa pun sebab nak ambik barang kiriman je. x lama pun. tapi alhamdulillah. terubat rindu. hehe. dengar gelak tawa kau, tengok senyuman kau yang boleh buat aku melt for a moment. sangat indah bila dikenang kembali. aku akhirnya pun turut tersenyum dan tergelak dengan perangai kau masa tu. sesuka hati kau je buat muka annoying tu depan aku, kan? tapi xpe, aku suka. ;) haha. dengar pulak cerita kau yang x pernah nak membosankan aku.*cuma aku je yang selalu membosankan kau, kan?* ya, aku terhibur sayang. ;) terima kasih sebab hadir dalam hidup aku untuk seketika ini. semoga Allah panjangkan masa untuk aku bersama kau. jaga kesihatan diri taw, mungkin kita x lagi akan berjumpa sehingga laa sem depan. cuti kan? so masing2 kat rumah masing2. xleh jumpa melainkan Allah dah rancang semua tu untuk kita. =)

ermmmm..rasanya..aku nak selitkan laa gambar2 aku yang latest..walaupun ianya bukan gambar baru..semua gambar lama..*dua tiga bulan lepas punya gambar*...boleh kan? hehe. sorry. aku x cantik, x comel, x perfect. tapi aku tetap bersyukur. =) Alhamdulillah.

nie masa projek mega baksis, dah lupa laa kenapa aku malu nie. huhu.

so, which one do you prefer? >.<



ala2 gwiyomi gitu. tapi macam b'terabur aku tengok. haha. XD

with dayah and afi. ;)

alamak, dayah tutup mata laa pulak. kyaaa~

with the budak2 MTM baru untuk sem depan. >.<

nie dia, rumet aku. kak zilah. =)


again, afi interrupt. haha. one of my besties here. ;)
last class. statistics. coursemates. prof azmi. =)

another from dayah's phone.

another last class picture. >.< konfem rindukan prof lepas nie. ;)

with the pakcik gerak khas. hah!

cukup! haha. dah banyak aku rasa nie gambar aku dengan member2 aku. >.< yeahh. sem dua buat aku dah hampir tamat dan akan tamat setelah 2 paper terakhir kami selamat aku jawab nanti. huhu. doakan aku ya. ;) sayang korang semua. *gedik pulak tetiba.* hehe.

Sekian, Assalamualaikum. *menguappp..ngantuk dah nie..*