ikon twitter


Sunday, 17 March 2013

Pintaku

Kasih,
Di sini bermulanya kisah kita berdua,
mukabuku pertemukan kau dan aku,
perkenalan kita bermula sebagai sahabat,
lalu dari kata merubah segala,
dari sahabat menjadi kekasih hati.

Aku fikir
mungkin aku hanya bermimpi,
ditemukan dengan lelaki seikhlas dirimu,
dan pabila aku bangun pada pagi itu,
ternyata kau realiti,
yang DIA pinjamkan untukku.

Sayang,
kau dengarkanlah kata hatiku ini,
bahawa aku kasih padamu,
aku sayang padamu,
aku cinta padamu,
dan aku rindukanmu.

Bisakah kau menjaganya?
cuma hati ini aku titipkan
kau simpan dan jaga,
rawatlah seperti kau rawat hatimu,
kerna tanpa hati ini,
mana mungkin aku mencintai kau.

Pintaku yang terakhir,
terimalah aku apa adanya,
seperti aku terima kehadiran kau,
dalam hidupku,
tidurku,
mimpiku juga igauanku,
sayangilah aku,
hargailah aku,
selagi aku masih berada disampingmu.

Demi DIA,
semoga cinta kita tetap bersemi,
semoga cinta kita terus bersemadi,
bersama nadi-nadi cinta ILAHI.

Hasil nukilan,
Ainur Rahim.

2 comments: