aku gelak
aku ketawa
hingga terlupa dunia seketika
ya
itulah aku semalam
duniaku hanya ada aku dan hidupku
dimanakah Tuhanku?
aku bagaikan terlupa
wujudnya Sang Pencipta
yang Maha Kuasa
yang Maha Mengetahui
namun hari ini aku sedar
aku bukanlah sesiapa
tanpa Dia yang Esa
tanpa Dia yang Satu
kerana Dia aku masih bernafas di atas muka bumi ini
kerana Dia aku masih bisa melihat alam pinjaman ini
kerana Dia aku masih mampu kembali ke jalanNya
bila ada yang tertawa, pasti akan ada yang menangis. begitulah besarnya kuasa Allah. Allah buat kita gembira hingga tak ingat apa pun, dan kemudian Dia juga yang buat kita menangis. kenapa eh? kenapa dia buat kita nangis? sebab dia nak jadikan kita lebih tabah bila ditimpa ujian. sebab Dia nak kita ingat kat Dia. bila ada masalah, luah kat Dia dulu. mohon doa kat dia. minta permudahkan urusan kita kat dunia sementara ini. insaf dan taubat. ingatlah, bila kita susah, xde yang nak dengar luahan hati kita, jangan lupa Allah itu Maha Mendengar. ceritalah kat Dia, insyaAllah lambat atau cepat Dia pasti akan bantu kita. begitu juga kalau kita gembira, jangan nak gembira dan gelak sakan. ucaplah Alhamdulillah. bersyukur kerana kita masih berpeluang untuk gelak. kita memang tengah gelak sakan, tapi orang kat sana siapa tahu mungkin dia tengah bersedih ke. ditimpa kesusahan ke. sebolehnya, doakanlah untuk mereka. bukan hanya mendengar dan melihatnya sahaja.
sekian.
assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment