ikon twitter


Saturday, 25 May 2013

and I called it a day!

a day to remember...
yeah! a day for me to remember for the whole of life. ^,^ nak dijadikan cerita, petang tadi masa aku tengah online, tweeting...mamat yang aku gelar mr. I tu tweet aku..tanya aku "petang nie busy x? jom tengok wayang!" wowowow! dia ajak aku keluar weyy! haha! happy moment ever! aku pun cakap laa, "aku x busy..pukul berapa nak keluar?" "sekarang laa..g siap cepat.." hah! sepantas kilat aku g bersiap. perut yang tengah lapar pun aku biar je demi nak keluar dengan dia. jarang taw kitorang dapat keluar sama2 nie. seriously, aku sangat2 happy masa tu. >.< 


I'm going on a date! >.<


jyeahhh! I'm damn happy! aku rasa first date kot? hehe. ;) then, kitorang pun keluar laa. dia sebenarnya nak ajak aku tengok wayang "Fast and Furious 6". dah lama dia tunggu nak tengok movie nie, since bulan March tu lagi. nie dia yang bagitahu kat aku laa. aku x kisah sangat movie apa nak tengok asalkan aku dengan dia. hehe. sepatutnya, khamis hari tu lagi dia nak tengok..tapi x jadi sebab aku suh dia selesaikan kerja2 yang ada tu dulu. for his own goodness juga kan? so, dia ajak laa aku tengok sekali dengan dia hari nie. sampai kat mall tu tadi, kitorang g beli tiket. kira nak tengok yang pukul 4pm punya, sekali tengok tiket masa tu SOLD OUT! so, terpaksa beli tiket pukul 6.05pm punya. aku cakap laa, "kau kan dah lama tunggu nak tengok movie nie..disebabkan aku x bagi kau keluar khamis hari tu, so hari nie aku akan temankan juga kau tengok movie nie. x kisah laa pukul berapa." =) so, dia pun pergi laa beli tiket tu. yeah, dia belanja. thanks syg!

after beli tiket, dia pun ajak laa aku g makan! "hari tu kau kata nak makan lasagna kan? jomlah, aku belanja! tapi kau cari tempat tu k?" "okey! =)" jyeahhhh! dapat makan lasagna! haha. so, aku pun bawak laa dia pergi restoran tu. tapi buat malu sendiri je, aku lupa kat mana restoran tu. pastu dia tanya, "cuba bagitahu aku restoran apa kau nak pergi nie?" "restoran SFP." laa, rupanya dia tahu tempat tu, tapi x pernah masuk laa. sebabnya dia dah hafal nama2 tempat kat mall tu. haha! then, kitorang pun makan laa. eh? silap! aku je makan, dia minum je sebab dah kenyang katanya. >.< x kisah laa, janji aku makan. lapar weyy! habis je makan, kitorang ada lagi 1 jam 30 minit before the movie start. then, aku tanya laa. "lepas nie kita nak g mana?""kita g karaoke laa..nak x?" "hmm, aku okey je." =) one hour juga laa karaoke. tapi dia je yang nyanyi, aku jadi audience dia masa tu. hehe. suka dengar dia nyanyi taw. suara dia best!

tadaaa~ nie laa movie yang kitorang tengok tadi. >.<

seriously, aku memang x minat movie nie. tapi bila tengok tadi, perghhh! gempak giler movie nie. x berbaloi ikut dia tengok sekali taw. hehe. korang pergilah tengok eh kalau ada masa nanti? =) and so, just like that I called it a day! a day for me to remember! thank you so much sayang, for the memory you gave me today! I'll promise you that I will never ever ever gonna forget it. and I hope the same goes to you. ;)

sekian entry happy dari aku untuk korang. 
Assalamualaikum!

Thursday, 23 May 2013

R I N D U

assalamualaikum. rindu. rindu. rindu. aku rindu dengan bapa aku, mak, adik-adik, keluarga dan member2 aku kat sabah. YES, aku rindu mereka semua. >.< nak taw satu cerita, hari tu aku xde kelas pagi. so kerja aku bila xde kelas nie memang mostly akan menghadap lappy je laa. then, pagi tu aku layan youtube. sebab wifi tengah sayang aku, and aku dapat tengok video tanpa buffering. haha! best kan? =) then, aku tetiba nak layan lagu 月亮代表我的心 (Yuèliàng dàibiǎo wǒ de xīn.) tajuk lagu nie n english is "the moon represents my heart". lagu nie dinyanyikan oleh Teresa Teng. bila dengar je lagu nie, confirm aku akan teringat kat bapa aku. sebabnya, kalau kat rumah..bila tengah duduk santai2 dengan bapa aku, datang mood dia nak nyanyi lagu cina, confirm agu nie dia akan nyanyi. so, bila aku dengar je lagu nie, terus aku akan ingat kat bapa aku. =) aku membesar dengan lagu2 macam nie laa. lagi satu, lagu Teresa Teng yang aku suka sangat dengar adalah 甜蜜蜜(Tiánmì mì) yang bermaksud "sweet as honey". yang nie pula makcik aku selalu nyanyi. so this song will make me remember her. =) 

masa tu aku terus laa call dorang, but x dapat. dorang x jawab pun call aku. okey, dorang busy kot. so, malam tu..lepas maghrib..bapa aku call..dia tanya khabar..then kitorang pun borak laa macam biasa.. then aku story laa pasal aku dengar lagu tu and aku rindu sangat kat bapa aku. aku pun suruh laa dia nyanyi lagu tu untuk aku. serious aku rindu nak dengar dia nyanyi lagu tu..hehe..dengar punya dengar..aku pun ikut laa nyanyi sekali..hihi..tetiba masa tu, aku jadi sedih..terus slowly airmata aku keluar..aku pun berhenti laa nyanyi..then aku cakap kat bapa aku.."pa, tengok tu..sy nangis sudah.." "kenapa ko nangis?" "sy rindu bapa bha..dengar bapa nyanyi terus keluar airmata sy.." "rindu pun bulan depan ko nak balik juga kan? dah2. jangan nangis.." "tapi stress study sekarang nie...tu yang buat org tmbh rindu dengan family especially you.."..huhu...macam tu laa conversation kitorang..huhu.. my dad sebenarnya seorang yang garang, baran x menentu..tapi bila mood dia okey, dia laa orang yang paling kelakar dalam rumah tu. always buat aku gelak sakan. pastu kalau dia masak, kalah masakan mak..tapi dia jarang masak laa. hehe..pastu kalau kat rumah, dia paling suka suruh aku buat kerja..hehe..macam2 kerja dia suruh aku buat..aku buat je laa. =) walaupun kadang2 tu, dia suruh aku buat masa dia tengah marah2..aku faham, dia marah pasal tekanan kerja dia..so aku diam je. kan x baik nak lawan cakap orang tua..=)..aku nie jenis bila kena marah, aku akan diam. dan semua yang orang tu cakap kat aku akan stay kat otak aku baru masuk ke hati. sehh..pastu bapa aku nie suka suruh aku urut badan dia kalau dia penat. pernah aku tanya, kenapa x suruh adik urutkan..dia pun boleh urut kan? tapi bapa aku cakap, dia lebih suka suh aku yang urut..haha..mak, makcik dan nenek aku pun suka kalau aku urutkan badan dorang..hehe.. 

pernah dulu, masa kat matrik..aku kan x pernah duduk jauh dari family..so, masa puasa tu..bapa aku call..aku masa tu tengah buat tutorial..tengah stress giler2 laa..tiba2 dia call sambil gelak2..aku macam tambah tertekan laa..aku tertinggikan suara kat dia..then dia terasa..terus dia off call..a minute after that, aku rasa serba salah pulak. terasa yang aku dah terkasar kat dia..then aku call balik, dia x jawab..call mak, mak kata dia merajuk..aku terus nangis..jahat kan aku sampai buat ayah aku macam tu..aku suh laa mak aku pass hp tu bagi kat bapa..tp dia marah..kalau xnak cakap, xyah laa call! aku dengar kot walaupun hp tu jauh dari dia..seriously terasa..makin kuat aku nangis...last2 mak aku cakap, "cakap je laa dengan, kesian anak tu..dah menangis dah.." then, bapa aku jawab laa juga..huhu..aku sambil nangis2 tu aku minta maaf kat dia..aku explain everything sampai hilang marah dan rajuk dia..last2 dia pun nangis..dia rindu aku sebab tu dia call. nak dengar suara anak dia..sedih sangat2 masa tu..giler sembab habis mata aku lepas tu..sampai roommate pun tegur..huhu..then after that thing happened, aku dah x berani nak tinggikan suara kat bapa aku..sebab dia nampak je garang, baran...tapi kita x tahu dalam dia macam mana kan? so, jangan sesekali korang tinggikan suara kat ayah korang..melawan cakap..dia marah sebab dia sayangkan kita..x kisah laa, ayah ke, mak ke, janji orang yang lebih tua dari kita..please hormat dorang..sekarang, everytime dia call..aku pastikan akan tergelak dengan cerita dia..hehe..then, kalau kat phone, aku banyak ceritakan masalah harian aku kat sini dengan dia banding dengan mak..hehe..dia just dengar and gelak and bagi pendapat..haha..aku sayang sangat kat bapa aku..hehe.. I LOVE YOU DAMN MUCH DAD! AND THANK YOU ALLAH FOR GIVING ME A FATHER LIKE HIM! >.<

sekian..tu je laa entry aku kali nie. hehe.
Assalamualaikum. =)

p/s: aku rindu mr. I aku juga. >.< oppsss...hihi

Monday, 13 May 2013

Terima Kasih Mama

terima kasih mama
kandungkan aku sembilan bulan sepuluh hari
terima kasih mama
lahirkan aku ke dunia ini
terima kasih mama
besarkan aku hingga kini

terima kasih mama
atas semua keperitan dan kesusahan
dalam tempoh mendidik diri ini
menjadi seorang yang mampu belajar berdiri
mampu mengurus diri sendiri
mampu berdikari
disaat aku jauh dari keluarga

terima kasih mama
atas kasih sayang yang kau taburkan
atas pengorbanan yang kau lakukan
atas titik peluh yang kau habiskan
atas susu yang kau berikan
membesarkan aku
menjaga aku

TERIMA KASIH MAMA!

hasil karya,
Ainur Rahim

#karya nie aku buat sempena Hari Ibu tahun nie untuk semua ibu-ibu yang ada kat muka bumi ini.
hargailah ibu sementara dia masih bersamamu. sayangilah dia. =) sekian. 
Assalaualaikum.

Sunday, 12 May 2013

sepetang bersama...

jyeahhh~ I'm back with new entry! petang tadi aku janji dengan Afi nak pergi bukit ekspo untuk survey tempat game running man @ 15 tu. pastu, masa tu Nik minta tolong aku rakamkan video untuk subjek Hubungan Etnik dia tu. so, aku pun tolong laa. tapi dia x berapa puas hati sangat sebab at first tu kitorang rakam dalam bilik. then aku cakap laa kat dia, kitorang nak g bukit ekspo. nak join x. boleh rakam kat sana. dia pun okey je. pastu, kitorang janji gerak pukul 5.30 petang. tup tup! aku terlajak tidur sampai pukul 5.45 sampaikan Afi naik g bilik aku. haha! sumpah penat tadi. pastu kitorang pun gerak laa sama2 pergi bukit ekspo. survey tempat pastu baru g rakam video Nik. pastu taking-taking pictures time! haha!

masa Afi rakam video Nik tu, aku sempat nampak scenery yang sangat cantik. subhanAllah. cantiknya ciptaan DIA. hatiku terdetik sedemikian. then aku ambik hp aku, capture scenery tu. cantik. tengok nie.

cantik kan? sebenarnya, kat belakang pokok tu cahaya matahari. hehe.

hah! nie Nik yang ambik dan aku suka sangat tengok. >.<

comel kan Afi tu? 

Nik and me. >.<

Afi, Nik and me. haha! I like!


haha. happy sangat. lama x keluar dengan budak berdua nie. kalau boleh nanti aku nak keluar berempat, sekali dengan Ajin. seriuos rindu nak keluar dengan depa nie hah. hikhik. >.< insyaAllah kalau ada masa nanti nak keluar lagi dengan dorang nie. =) ada lagi gambar gwiyomi aku dengan Afi, tapi Nik lupa nak transfer g lappy aku tadi. hewhew. tengok yang nie pun cukup laa k? hehe.

hmm, rindu kat my comel. dah laa lately nie aku busy, sampai xde masa nak study untuk test. stress giler! dengan assignment programming aku yang x siap tu lagi. arghhhh! seriously miss him. need someone to share all my stress and feeling. haha. Mr. I, can I share it with you? >.< btw, aku rindu juga nak tulis entry pasal dia. but nothing special happened lately. kalau ada, dah lama aku update kat sini taw. hihi. btw, 2 days more.  hopefully can meet him that day. it's already more than 3 weeks I didn't meet him. sangat2 rindu nak tengok senyuman dia tu. haha. sudah cukup sudah, cukup sampai di sini saja. hehe.

Sekian, Assalamualaikum.

Kebahagiaan adalah milik mereka yang mempunyai impian dan keberanian untuk berusaha menjadikannya realiti.  -Mr. I-

Sunday, 5 May 2013

rajuk

rajuk atau dalam erti kata lain bermaksud, satu perasaan yang muncul apabila sesuatu yang kita inginkan tidak ditunaikan oleh orang yang tertentu. eh? salah ke? nie tafsiran aku sendiri laa. xde rujuk kamus dewan ke apa. hehe. saja je tulis entry macam nie. aku ingatkan, aku sorang je yang kuat merajuk, rupanya dia lagi kuat merajuk. itu baru rajuk, belum cerita pasal cemburu. haha. cemburu dia lagi kuat weyy banding aku. silap haribulan boleh putus kitorang. haha. 

tadi, aku baru je chat dengan dia. saja, sebab pagi tadi dia x reply pun text aku. so, aku tanya laa kenapa x reply kan. nak dijadikan cerita, masa chat tu..tetiba dia cakap macam nie...

+ jom skype. =)
- xnak. sebab aku x suka skype. sorry. :3
+ apa beza skype dengan jumpa depan2? haha..apa2 je laa.
+ kalau begitu, aku pun x suka jumpa depan2 laa. fair k? tq.
- eh? kenapa pula macam tu?
- jd xnak jumpa sudah?
- ok laa. xyah jumpa lepas nie
- call/msg pun xyah.
- bye
+ call msg pun xyah
chat pun xyah
berkomen pun xyah
bermention d twitter pun xyah
tulis entry dlm blog pun xyah
- kenapa nie? jangan laa macam nie..
+ semua xyah k?
+ hahahahahahahahaha
- merajuk laa tu.
+ baru tahu aku kuat merajuk
- merajuk laa. pastu minta pujuk.
+ hahahha. mana ada merajuk. syg ada laa kat kau.
hahahahahhahha
wekkk .. cepat laa balik..kalau laa nanti aku kerja tempat lain, study tempat lain..
+ biar kau xleh tengok muka aku. haha.
+ org rindu sebab tu nak skype. 

hmm..macam tu laa bunyi chat kitorang. haha. nak cakap aku kuat merajuk, dia lagi kuat merajuk. tengok tu, aku tolak ajakan skype dia, pun dah merajuk xnak call/text. sabar je laa..aku sebenarnya, x suka skype dengan lelaki. aku pernah vid call dengan member perempuan je. tu pun seriously jarang sangat.  boleh kira kot setahun berapa kali aku vid call. dengan family pun aku x pernah vid call bila rindu taw. sorry sayang. haha. lepas nie terpaksa aku belajar memujuk orang. hehe. 

btw, sampai sini je laa ye. Sekian. Assalamualaikum.

Saturday, 4 May 2013

aku jumpa dia!!!

haha! yeah, aku jumpa dia. siapa? hmm. bukan Mr. I. tapi penulis novel yang paling aku minat. sat eh, aku upload gambar tu. =)


hah..nampak x? SITI ROSMIZAH. yup, penulis novel Cinta Kau dan Aku, 7 Hari Mencintaiku, dan yang terbaru adalah Curi-Curi Cinta. jyeahhhh! sebenarnya, story tu macam nie. aku dengan member2 aku plan seminggu sebelum nie nak pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang diadakan kat PWTC tu masa 1st of May. sebab masa tu kan cuti, senang laa nak keluar. semua free. sekali pergi, Ya Allah. sesaknya! kat KTM sesak, LRT sesak, dalam PWTC tu lagi laa. jangan tanya. penuh, sesak. mengalahkan ikan sardin weyy. 

continue..malam sebelum aku pergi sana, aku ternampak ada orang tweet gambar novel terbaru karya SR nie. so, aku pergi laa survey kat page mukabuku SR tu. tup tup! aku terbaca yang dorang pun bukak booth SR kat sana. so, aku plan just nak beli novel tu dan novel keluaran KN. dua je. hihi..esoknya kitorang pun pergi laa. aku pergi nie pun sekali nak jumpa Ezzati, ex-KML stidy kat UM. nak ambik baju "Keep Calm and Love Borneo" tuh. after ambik, kitorang pun gerak laa sama2. cari novel. hehe. aku dengan Ezzati memang minat SR. so, kitorang pun pergi laa booth SR. aku pun ambik laa novel Curi-Curi Cinta tu. terus laa g bayar. masa bayar tu, akak cashier tu tanya, nak sign x? aku pun jawab laa nak. then, terdetik kat hati aku. xkan laa dia yang nak sign. dia bukan SR pun. *masa tu ada gambar SR kena tampal kat booth tu, so aku tahu laa* dia pun bukak laa plastik novel tu. pastu bagi kat aku lepas aku bayar. aku pun gerak je ke depan. tiba2, Ezzati cakap kat aku, kata nak sign tapi kat mana/ x nampak SR pun. pastu, dia pun pergi laa tanya kat abang sebalah akak cashier tu. then, dia cakap kalau nak sign kat hujung sebelah booth tu. kitorang pun pergi laa.

first tu, kitorang dah nampak dari jauh ada SR. "AHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!" hah, macam nie laa respon kami berdua. excited mengalahkan jumpa artis kot. haha. lepas tu kami tutup mulut, malu laa juga. ramai kot orang, kami pula jerit xtahu malu. haha. aku pun gerak ke arah SR. ada abang bodyguard tu tanya, nak sign ke? "ye, nak minta sign." "adik pergi minta cop dulu baru sign ye?" "okey" lepas tu, aku pergi laa minta cop. then baru minta sign kat SR. wahhhh! seriously terharu dapat jumpa dia. sumpah aku x expect pun akan terjumpa dia. rezeki weyy. haha! pastu, SR pun tanya aku. "nama adik?" "Ainur Farahanie." pastu, dia pun tulis laa nama aku kat depan muka surat novel tu. lepas tu, dia sign. ohmyAllah! sangat sangat sangat sangat sangat excited aku masa tu. "nak ambik gambar boleh x?" "boleh." lepas tu aku pun gambar laa dengan dia. after that, Ezzati pun take turn ambik gambar dengan SR. 

yang nie Ezzati dengan kak Siti Rosmizah. =)

yang nie pula aku dengan kak Siti Rosmizah.

Sumpah perasaan excited tu still sampai sekarang taw. haha. tapi kan, aku x baca lagi novel tu. hehe. xde masa. aku kalau baca novel, aku nak masa tu aku x busy dengan kerja lain. baru dapat feel betul2. hehe. btw, dah lama kan aku x cerita pasal Mr. I  tu. hmm. just nak bagitahu, semua masalah dah settle. Alhamdulillah. =) aku semakin bahagia. gaduh2 nie sebenarnya dapat mengeratkan sesebuah hubungan taw. sumpah x tipu. sebab aku dah rasa semua tu. eh? haha. mana2 je laa. aku dah luahkan semuanya, serah kat dia je laa nak buat keputusan yang macam mana. aku terima. aku redha. tapi jangan salahkan kalau nangis lagi suatu hari nanti sebab kau. aku nangis sebab aku sayang kau. aku xnak kehilangan kau. eh? jangan sedih2. aku tengah happy nie dengan dia. hehe. okay laa, aku rasa tu je kot untuk kali nie. hihi. 10 hari lagi. jyeahhh, just wait for it. =)

Sekian, Assalamualaikum.