ikon twitter


Tuesday, 30 April 2013

craving~

*kruk..kruk..kruk..* hah! macam tu laa perut aku sekarang berbunyi. means that aku tengah lapar. haha! xde laa. aku sebenarnya x lapar. aku just mengidam nak makan nasi kerabu je. >.< nie semua sebab SITI NADIRAH laa nie. kalau dia x ajak dan ajar aku makan nasi kerabu tu, aku xkan jadi macam nie! hahaha!

storynya bermula macam nie..alkisah..hehe..sabtu lepas, habis je kelas koko tengahari tu, aku pergi blok L4, kolej 12. Nad ajak aku lepak bilik dia sambil buat assignment stats. aku pun pergi laa, last2 dia siap salin soalan je. jawapan xde lagi. haha. aku? kerja aku just borak dengan dia. pastu makan2, online sat. haha! bila makan tu, dia bawa keluar laa nasi kerabu yang mak member dia kirim pagi tu. dia ajak aku makan sekali. orang kata rezeki jangan ditolak. so, makan je laa. masa tu aku x minta banyak. ye laa, first time makan. kot kot aku x suka kan, x habis nanti, x ke membazir namanya tu? hehe. after makan tu, aku rasa..perghhhhhhh~ serius sedap. rasa macam nak lagi weyy. haha. tapi dah habis. hmm. xpe laa. :/

then, the story continue like this. aku pergi kelas awal tadi. pukul 10pagi macam tu dah ada kat faculty. datang awal sebab aku ada extra tutorial dari Nad. sekali tu, aku pinjam laa laptop dia sat. masa tu tengah bukak twitter account dia. then aku nampak member dia tweet pasal nasi kerabu. xtaw sebab apa, mulut aku time tu rasa macam ada nasi kerabu. bau dia sebijik macam kat bilik Nad sabtu lepas. seriously craving for it! pastu, Nad pun cakap laa kat aku. kan hujung minggu nie dia balik rumah. so, disebabkan aku craving nak kan nasi kerabu, dia pun nak..dia decided untuk ajak aku balik sekali dengan dia. pergi pasar malam cari nasi kerabu. haha! aku pun, directly say YES! haha! Thank you Nad. *hope she read it one day soon* 

btw, sini aku nak cerita sikit pasal aku. kalau korang nak tahu, aku lebih selesa ber'aku kau' dengan member aku. mungkin certain people rasa itu kasar. x hormat orang. NOPE! bukan aku x hormat, bukan aku kasar. tapi bagi aku bila aku bercakap dengan member atau people that I met for the first time dengan bahaskan diri aku 'aku'..itu boleh membuatkan aku dengan orang tu jadi rapat. selesa. sebab tu aku bahaskan diri aku 'aku' dalam blog nie. hehe. masa mula2 sampai semenanjung nie, aku try adapt dengan situasi kat sini dengan berbahasa melayu semenanjung. of course aku guna 'saya awak'. tapi bila dah jumpa member sekepala, aku akan terus b'aku kau. haha. lagi senang macam tu. x rasa janggal sangat. tapi kalau dengan orang yang senior umur dari aku, aku x boleh nk paksa diri aku b'aku dengan dia. terkeluar juga 'saya'. law x pun, 'org'. bukan bermaksud aku x rapat dengan orang yang aku bahaskan 'saya/org' dengan dia, tapi aku hormat dia. and if the're the same age with me, and I'm still using 'saya/org' with them, means that I still shy and embarrassed. hehe. =) 

Sekian itu sahaja yang terbaru dari saya. =)
Assalamualaikum.

Thursday, 25 April 2013

Ketahuilah...

Cemburu
cemburukah aku
bila tahu kau bertemu dengan yang lain?
apa kau fikir aku suka?
sakit
sakitnya aku rasa
bagai ditikam pisau yang tajam

Marah

Marahkah aku
Bila kau melayan orang lain?
bila kau bermanja dengan yang lain?
Sakit
Sakitnya aku rasa
Bagai dihiris sembilu tanpa kau tahu

Namun,

tahukah engkau
cemburu dan marah itu
maksudnya
aku sayangkan kau
aku takut kehilangan kau
dari hidupku

Aku tahu

bahawa kau sayangkan aku
tapi ketahuilah bahawa
aku mahukan dirimu
dalam hari-hariku yang mendatang nanti

Tulus aku mencintaimu sayang

ikhlas aku mengasihimu rindu
aku mohon,
jangan jauhi aku
jangan pergi dariku

nukilan,
Ainur Rahim.

Keep Calm and...


Keep Calm And Love Mr. 456.  =)

hi korang. hehe. nampak kan kat atas tu? dulu Keep Calm and Love Monday Couple. sekarang dah tukar. Me and Kang Gary is just history, cuz now I'm with Mr. 456. Love him. btw, why am I speaking? haha! just  felt so boring this morning. and I kinda feel like wanna write some new entry. I don't care what kind of entry it is, either it's long or short. just write whatever. haha. 

today, I'm suppose to go to UKM with my friends. they got their Hubungan Etnik subject's interview there. although i'm not taking that subject, but I want to meet my friends who is studying at UKM. that's why I wanna join them. maybe I can be their camera woman. haha! but, to think it back last night, I decided not to join them because of some reasons. 1, I'm afraid that I'll be using money out of my budget. 2, I still got things undone, so why am I wasting my time following them to do things that aren't giving me any benefits? keuchi? haha! that's the main reason why I cancel to join them. 

and guys, I got things to ask. can you guys teach me how to "pujuk" people? haha! mix sudah gia bahasa sia. >.< seriously aku xtaw macam mana nak pujuk orang. aku taw nak pujuk baby yang tengah nangis, tapi kalau perempuan/lelaki yang menangis aku sumpah x reti nak pujuk taw. satu cara yang aku tahu.adalah peluk orang yang tengah merajuk tu sambil gosok2 belakang dia dan cakap "dah laa, jangan laa nangis lagi. jangan laa merajuk. saya minta maaf. kan saya dah peluk nie?" hah! macam nie je aku tahu. kalau orang tu perempuan, boleh laa kan aku buat macam tu. kalau lelaki? mana boleh weyy. melainkan dia halal bagi aku. haha. serius x tahu macam mana nak pujuk orang. kalau face to face pujuk pun aku fail, inikan lagi through the phone. x kira laa, call or text dua2 aku x reti weyy. kesian kat aku kan? >.<

aku rasa kan, macam nak buat puisi baru laa. dah lama rasa nak buat nie. tapi idea tu macam putus-putus datang. arghhh! nak buat puisi bertemakan apa eh? ibu? ayah? sahabat? hmm. nanti nak try tulis cerpen laa juga. law member2 cakap okey, proceed to novel. hahahaha! berangan giler sehhh. btw, birthday Mr. I x lama lagi nie. tapi aku xtaw nak hadiah apa kat dia. ada laa juga plan something. tapi aku risau itu x cukup kuat untuk dia jadikan kenangan sambut birthday dia dengan aku. haha. apa? xnak bagitahu kat sini. kot2 dia terbaca nanti. hihi. hopefully, ahad nie dapat jumpa dia kat bukit ekspo. =) doakan kitorang ya? thanks.

Sekian itu saja dari aku, Assalamualaikum. =)



Sunday, 21 April 2013

Lawatan Industri


hi my followers. my new entry is about our field trip to Beryl's Cookies Factory. eh? kenapa aku tetiba speaking pulak nie? haha! field trip nie sebenarnya under group baksis *bakti siswa* aku. baksis kitorang sebenarnya under komponen keusahawanan. kitorang pergi sabtu baru-baru nie. 20hb April. at first tu, majoriti kitorang ingatkan penghuluwati kitorang salah maklumat, sebab yang kitorang tahu Beryl's nie ada kilang coklat je. x tahu pula ada kilang biskut. so, bila pakcik bas tu drive sampai depan Beryl's Chocolate Factory tu, hati aku melonjak gembira sebab dah plan before datang nak beli coklat banyak2. aku kalau stress suka makan coklat, sebab tu nak beli banyak2. haha! then, tetiba pakcik tu pusing belakang kilang coklat tu. aku pun pelik arh. kenapa belakang. pastu baru kitorang semua perasan. sebenarnya kat belakang tu laa kilang biskut dia. haha! kilang biskut tu kira baru lagi. orang kat sana siap suruh kitorang tolong promote kot. XD 

so, kitorang pun buat laa lawatan semua bagai tu. bila habis tengok bahagian pemprosessan *eh? macam salah je ejaan aku. x kisah laa. hehe* tu, kitorang diberi peluang merasa biskut+kek kat sana. perghhh~ serius sedap weyy. sumpah x tipu. hikhik. pastu aku macam rasa kecewa laa sebab x dapat nak beli coklat favourite aku tu. sedih. tetiba ada satu corner kat kiosk dia tu jual coklat tu, aku pun apa lagi. x tunggu siapa2 terus je grab walaupun aku nampak harga dia RM16.50. haha! mahal kan? alah, bukan tuk aku makan sorang2 pun. aku beli tu nanti nak share dengan Mr. I juga. pastu aku pun fikir laa. xkan beli coklat je kan. dah sampai kat kilang biskut dia, apa kata aku beli sikit biskut2 dia nie. hmm, dah survey2 tu aku pun ambik laa dua kotak kecik biskut Beryl's nie. satu untuk aku, satu untuk my sweet stalker, Mr. I. hehe.

habis beli itu, beli ini, kitorang pun mulakan sesi taking-taking picture bersama. haha. ambik gambar whole group baksis macam kat atas tu, ambik untuk group 4 je macam kat bawah nie.


dari kanan, syiro, iznee, din, aku, salwa, mahah.

dalam ambik2 gambar tu, entah macam mana kitorang terambik gambar ala-ala gwiyomi yang tengah hot trending tuh. haha. aku masa tu just nak ambik gambar dengan syiro sebab budak nie busy sangat dengan activiti kolej dia. serius punya busy. then entah siapa yang cakap "jom ambik gambar gwiyomi!". haha! aku pun okey je laa. bukan selalu dapat buat perangai giler2 nie kan. TAP! tu dia gambar kami. 


dari kanan, mahah, aku, iznee, syiro, jay.

hahhhh, comel x? haha. x jangka pun akan buat muka-muka gwiyomi nie. aku ada cakap kat mukabuku, x dapat buat video gwiyomi, ambik gambar gwiyomi pun jadilah. haha! syiro cakap nie gwiyomi gila. haha! aku rasa comel je. >.< 

nie sebelum kitorang mula dengar talk pasal kilang biskut tu.

nie gambar masa dah habis lawatan, encik Effendy bagi taklimat untuk kelas minggu depan. 

hmm, after that kitorang pun balik laa. bila dah sampai upm, kitorang tunggu laa bas balik kolej. tunggu punya tunggu, lebih 30minit juga laa baru ada bas kolej serumpun lalu. tu pun full house bas dia. masa tu hp letak dalam beg taw. tambah pula silent mode. so x dengar laa kalau ada text and call. bila dah sampai kat kolej, aku pun gerak laa pergi kafe sambil call Mr. I. masa call tu, aku dah nampak dia kot. pakai baju merah. siap jawab call aku lagi, tapi paling aku sakit hati masa tu, dia nampak aku tapi langsung x toleh. If you guys were in my shoes, how do you guys feel? dia cakap kat aku masa tu, "xpe laa. aku balik dulu. bye!" okey, fine. balik laa. bateri hp aku masa tu pun dah habis. off terus laa. then, aku g kafe beli makanan. tetiba lepas bayar tu, aku rasa macam beg aku kena tarik dari belakang. aku pusing laa, tengok siapa kan? rupanya dia. aku terkejut kot masa. hati aku macam nak marah je kat dia, tapi bila tengok muka dia penat siap berpeluh lagi, aku x jadi nak marah. kesian pulak tengok dia masa tu. kitorang pun pergi laa kat meja kosong, duduk and berborak. aku pun masa tu keluarkan laa biskut+coklat bahagian dia. aku memang dari awal plan nak belanja dia pun. x minta dia bayar. tapi dia degil, berkeras juga nak bayar. aku xnak terima. masa tu dia asyik minta maaf je kat aku. nie yang aku lemah nie, dah laa dia buat muka comel tu. aku yang marah nie pun terus sejuk. ommmeeeeiiiiiii annggggaaaaatttttttttttttt~ kepada awak, saya taw awak akan baca juga entry nie nanti kan? so, nie reply untuk wish awak tu. >.< hikhik.
awak..hmm..sorry taw. bukan saya xnak terima duit awak tu, bukan saya nak awak terhutang budi ke wang ringgit ke kat saya. saya bagi ikhlas taw. bukan xnak berjimat. tapi bukan selalu juga saya nak belanja awak kan? so terima je laa. =) kalau rasa serba salah sangat, awak belanja laa saya lain kali. hehe. btw, saya nak minta maaf sekali lagi kat awak. saya xde niat nak buat awak marah, nak buat awak merajuk. saya keluar borak biasa2 je dengan dia. tu pun x lama kot. saya taw saya nie kuat merajuk, dan saya x tahu nak pujuk orang. tapi saya akan cuba belajar pujuk awak k? maafkan saya eh? tapi saya xkan paksa awak untuk maafkan saya. saya taw tu semua salah saya. Y^Y
 ehhhhhhh? kenapa aku melalut sampai sini nie? haha. korang jangan marah taw. aku buat macam nie sebab dia pun buat macam nie kat blog dia. siap buat wish with bold letter okay untuk aku. >.< tapi yang x boleh blah nya dia cakap aku NGEGEH!!! arghhhh! stress seketika. macam laa dia x ngegeh kan. aku rasa, okey laa, setakat nie je entry aku kali nie.

Sekian, Assalamualaikum.

p/s: ngegeh (sarawak malay) = mengada-ngada.

Friday, 19 April 2013

aku pun terharu juga

wahhh, dah seminggu aku kat kolej nie since dari sabah ahad baru-baru nie. x sangka, begitu cepat masa berlalu. tanpa aku sedari kain baju aku dah seminggu juga laa x basuh lagi. ehh? apasal tetiba masuk pasai baju che pulak nie? haha! xpe, selingan je tu. jangan laa serious sangat baca entry baru aku nie. xnak tengok muka korang yang x berapa nak..emm..xde laa, gurau okey. senyum sikit? haa, kan cantik tu? hensemnya. comelnya korang senyum. haha! seminggu nie juga laa duit aku cepat je bergerak. Y^Y tolong weyy. kena jimat nie aku. tapi tangan dok gatai juga p beli itu, beli ini. ish3. kalau mak aku tahu nie, mati aku kena marah.

hmm, berbalik kepada tajuk entry kali nie..title yang agak mengelirukan, kan? aku terharu sampai nangis ke aku terharu sampai tersenyum indah? kawan ke dia sampai buat aku macam nie? kalau korang nak tahu, masa kelas Software Requirement Engineering *subject macam best tapi mengantuk giler kot aku dalam kelas dia* tadi, aku bosan giler dohh. So, aku g ambik hp and access internet. kalau x mukabuku, si burung biru *twitter* tu laa aku layan. layan punya layan, aku punya garismasa *TL* tu ada nama dia means dia tengah online laa kan? haha. TUP! dia mention aku. dia suruh aku aku baca entry terbaru dari blog dia. nak link? cari laa sendiri. dia dah follow aku kot. hehe. siapa? nanti aku bagtahu korang okey? hmm, aku pun baca je laa dengan hp nokia x5 aku yang comel macam tuan dia tu *comel ke?* walaupun x puas nak tengok dan baca melalui skrin yang agak kecik tu, aku kuatkan hati juga g baca. =) "Wahhhh~ Terharunya T.T" tu dia tajuk entry dia. perghhh. tajuk tu membuatkan aku menyangkakan dia nangis. tapi sebenarnya x. saja je suspen dia tu. 

so, aku pun baca laa. dengan senyuman yang xnak lari dari wajah aku nie. >.< aku rasa sepanjang aku baca tu, aku asyik pegang pipi aku je. risau lecturer kat depan perasan aku tengah senyum, panas sehh muka aku masa tu. rasanya merah kot kalau aku tengok kat cermin. blushing habis! nak tahu kenapa aku jadi macam tu? sebab dia cerita pasal 'kawan' dia kat dalam tu. 
tp kan, sorang kwn aku ni  lain dr yg lain.semua benda n tmpt kitaorg kwn.kwn kat fb,kwn twitter,kwn textg,kwn bila face to face.happy sgt.
happy sangat dia dapat kawan macam tu kan? dia gelar kawan dia tu Miss A. macam pelik je. A? aku ke? Ainur? oppsss, awak jangan marah taw kalau baca nie. hikhik. >.<  Yang aku xleh nak tahan gelak masa tu, dia cakap macam nie taw.
aku just nak share la yg dia tulis kat blog dia rata2 psl aku,wlupun tajuk lain tp still selitkan nama aku.hahaha. *gelak jer bila bca blog dia*
haha! macam mana dia tahu? agaknya dia dah baca kot entry aku yang aku tulis ada kaitan dengan dia tu. perghhhh~ serious punya malu masa tu. aku x pernah sangka yang dia akan baca blog aku suatu hari nanti. dan hari itu telah tiba. dia baca juga akhirnya.  MALUUUUUU! tapi mahu. ehh?? haha!

nie aku pinjam dari blog dia, with caption "Miss A and me"

wahhh, aku pula yang terharu baca entry dia tu. and akhir sekali, dia ada bagi nasihat/motivasi sikit untuk aku. *nasihat ke tu? motivasi ke? hmm, xtaw laa* "aku berhrap la yg dia slalu tulis benda kat dlm blog dia.hihi.aku berharap yg suatu hari nanti,perhubungan kitaorg akan kekal d samping dpt redha dan rahmat Allah :) in shaa Allah"   dia tulis macam tu kat belog dia. wahhh, ada supporter nie. happy sehhh. ingatkan dia nak marah sebab aku cerita pasal kitorang kat dalam blog aku nie, rupanya x. dia SUKA okey? aku ulang ya. dia SUKA. haha! ya, InsyaAllah, semoga perhubungan aku dan dia berkekalan hingga ke akhirnya di samping redha dan rahmat Allah. Aamiin. Doakan juga ya, korang? terima kasih sayang-sayangku sekalian. eh? still x tahu ke siapa dia tu? He is my Mr. I. a.k.a my Mr. 456. >.<

Sekian itu saja dari aku kali nie untuk korang. Jangan berhenti ikut cerita aku taw? terima kasih! 
Assalamualaikum. ;)

Wednesday, 10 April 2013

MidTerm Holiday

Holiday?? boleh dikatakan holiday aku kali nie sangat2 best. hehe. yang pertamanya, aku balik Sabah sekali dengan Mr.I aku. yang keduanya, parents aku langsung xtaw yang aku dah booked tiket balik Sabah. In the same time, masa aku balik tu..parents aku tengah buat kenduri kat kampung sebelah mak aku. so, aku cakap kat kazen aku, better ambik aku kat airport and hantar terus balik kampung mak. dia pun okey dengan cadangan aku. =)

aku balik Sabah hari isnin(8 April 2013). nie nak story sikit laa pasal kronologi starting from aku kat upm sampai laa kat rumah. =) Firstly, aku dah siap angkat barang2 semua, tunggu teksi ambik aku kat busstop Kolej Serumpun tu. aku ingat, pakcik teksi tu ambik aku dulu, baru g ambik dia(Mr.I)..rupanya x, pakcik tu g ambik dia dulu, baru ambik aku. so, kami pun naik laa teksi tu sampai ke LCCT. bila dah sampai, dia cakap kat aku. "perghhh~ sejam je dah sampai? awal sehh." haha! aku ingat dia taw kalau naik teksi dari upm pergi LCCT memang ambik masa sejam je. kalau naik bas, confirm laa 2 jam. cuba korang bayangkan, flight kitorang pukul 3.15pm..tapi kitorang dah ada kat LCCT pukul 10am. x ke kerja giler namanya tu, 5 jam kot kena tunggu kat LCCT tu. dia pun cakap laa.."hah..selalu date 5-30minit..sekarang rasa laa, date 5 jam kat LCCT. x termasuk dalam flight lagi..2jam 30minit..haha!" LOL. mostly masa aku dihabiskan dengan berborak bersama dia. makan, teman dia g beli barang sikit. sama-sama check-in, tunggu kat boarding gate, sama-sama naik flight, turun flight..bahagia seketika. haha! 

bila dah landing kat Terminal 2 Kota Kinabalu, kitorang pun tunggu laa luggage aku keluar. then, dia call bakal abang ipar dia. abang dia cakap, dorang tunggu dia kat KKIA. si Mr.I nie pun terkejut laa. naik angin juga masa tu dia. tapi dia control. haha! lepas ambik luggage aku, dia tarik keluar. dia laa tukang tarik luggage aku tu. dari KLIA sampai laa kat T2KK. haha! bodyguard aku laa katakan. >.< dah keluar tu pula, aku nampak dia tengah senyum+gelak tengok 3 orang kat depan tu. 2 lelaki, 1 perempuan. 3 orang tu pun gelak tengok kitorang. haihh, pelik. siapa tu? family dia kot. hatiku berkata. aku pun tanya laa kat dia, siapa tu? sampai je dekat 3 orang tu, dia kenalkan sorang demi sorang kat. aku jadi nervous dan malu. tapi muka slamba je senyum tengok dorang. so aku just hulur tangan dan salam kat kakak sulung dia. cantik woo kakak dia, pakai spek macam aku, tapi putih giler. "balik ranau juga ke?" "oh, x laa. balik tenom. =)" "hah, nie orang tenom." "duk tenom kat area mana?" "kat kampung undusan." "oh, kat mantailang tu eh?" "kat bawah lagi. =)" pastu aku pun pergi kat luggage aku, dan bukak. nak ambik bread gardenia yang kitorang beli kat LCCT tu. beg aku kat berkunci, so aku bukak laa. dia nampak tangan aku m'geletar bukak beg tu, dia cakap. "aik, kenapa? nervous ke?" "syhhh, diam. memang nervous pun. mana laa taw boleh terjumpa kakak kau tu." haha. tergelak-gelak aku keluarkan roti tu. yelah, masa beli gemuk bukan main, dan keluar jadi kurus pulak roti tu. haha! lepas tu, dia pun balik ikut kakak dia, aku balik ikut kazen aku. fuhh, penat sehh. sampai tertidur aku kat dalam kereta masa otw balik kampung masa tu.

HAH!!! plan aku nak surprisekan parents aku yang aku balik Sabah. tup tup, sampai je kampung aku nampak ramai pakcik2 kat luar rumah. kereta pun banyak, sampai kazen aku xtaw nak park kereta kat mana. full house dohh. pakcik ramai, makcik pun ramai. bapa aku dah kat tepi pintu rumah, tengok siapa laa yang datang lepas kenduri tu tamat kan. aku pun siap jerit2 kot dalam kereta tu. risau juga kalau dorang marah aku. tapi, aku kuatkan hati. keluar juga dari kereta tu. haha! aku salam semua pakcik aku, peluk cium makcik dan nenek aku. sampai kat bapa, aku salam dia tolak aku. marah+terkejut sebab aku balik x bagitahu kat depa. haha. aku peluk cium dia. mak aku sampai static kat depan pintu bilik makcik aku. aku terus peluk cium dia. haha! memang happening giler laa masa tu. semua makcik/pakcik aku tanya benda yang sama. "bila sampai?" "cuti berapa lama?" "bila balik kolej?" "balik dengan siapa?" haha. semua aku jawab dengan senyuman kat muka aku. haha. happy teramat-amat happy kot. then aku cerita laa everything yang aku plan before balik Sabah. aku cerita kat mak yang aku balik dengan Mr.I. semua laa aku bagitahu. dia senyum je. nasib kali nie dia x marah aku balik mengejut. masa kat matrik dulu, balik 3 hari je tapi dia marah giler kot kat aku. kali nie x marah dah. =) and aku balik kolej nanti pun balik sekali dengan Mr.I taw. tadi aku siap tolong ubah seat dia lagi kot. aku pilih seat belakang, sebab tu je yang kosong lagi. yup!! dia duduk sebelah aku. =)

So, that's the story of my journey back to Sabah from Kuala Lumpur. =) I uploaded some photos of me and my family. =)

nie adik aku, Nana. dia dukung kazen kembar aku.

aku dengan Nana

Nana bersama kazen2 aku yang lain. muka giler2 semua.

aku dan kazenku, Haris.

aku dan Haris lagi. >.<

nana yang pendek tapi comel bagi aku. Love u sis!

well, this is my dad! love u Dad!

sekali lagi dengan Nana.

Nana with my mum! love them!

me and my beloved mum! Love u!

me and grandma! senyum x hilang walau datuk baru je arwah. al-fatihah.

we all. =)


we all again. 

Nana and grandma. 

them again. >.<

this one was the craziest! haha! my sis and my bro. love u two!

sekian, di sini sahaja coretan aku kali ini. =)
Assalamualaikum.