Cemburu
cemburukah aku
bila tahu kau bertemu dengan yang lain?
apa kau fikir aku suka?
sakit
sakitnya aku rasa
bagai ditikam pisau yang tajam
Marah
Marahkah aku
Bila kau melayan orang lain?
bila kau bermanja dengan yang lain?
Sakit
Sakitnya aku rasa
Bagai dihiris sembilu tanpa kau tahu
Namun,
tahukah engkau
cemburu dan marah itu
maksudnya
aku sayangkan kau
aku takut kehilangan kau
dari hidupku
Aku tahu
bahawa kau sayangkan aku
tapi ketahuilah bahawa
aku mahukan dirimu
dalam hari-hariku yang mendatang nanti
Tulus aku mencintaimu sayang
ikhlas aku mengasihimu rindu
aku mohon,
jangan jauhi aku
jangan pergi dariku
nukilan,
Ainur Rahim.
No comments:
Post a Comment