ikon twitter


Tuesday, 30 April 2013

craving~

*kruk..kruk..kruk..* hah! macam tu laa perut aku sekarang berbunyi. means that aku tengah lapar. haha! xde laa. aku sebenarnya x lapar. aku just mengidam nak makan nasi kerabu je. >.< nie semua sebab SITI NADIRAH laa nie. kalau dia x ajak dan ajar aku makan nasi kerabu tu, aku xkan jadi macam nie! hahaha!

storynya bermula macam nie..alkisah..hehe..sabtu lepas, habis je kelas koko tengahari tu, aku pergi blok L4, kolej 12. Nad ajak aku lepak bilik dia sambil buat assignment stats. aku pun pergi laa, last2 dia siap salin soalan je. jawapan xde lagi. haha. aku? kerja aku just borak dengan dia. pastu makan2, online sat. haha! bila makan tu, dia bawa keluar laa nasi kerabu yang mak member dia kirim pagi tu. dia ajak aku makan sekali. orang kata rezeki jangan ditolak. so, makan je laa. masa tu aku x minta banyak. ye laa, first time makan. kot kot aku x suka kan, x habis nanti, x ke membazir namanya tu? hehe. after makan tu, aku rasa..perghhhhhhh~ serius sedap. rasa macam nak lagi weyy. haha. tapi dah habis. hmm. xpe laa. :/

then, the story continue like this. aku pergi kelas awal tadi. pukul 10pagi macam tu dah ada kat faculty. datang awal sebab aku ada extra tutorial dari Nad. sekali tu, aku pinjam laa laptop dia sat. masa tu tengah bukak twitter account dia. then aku nampak member dia tweet pasal nasi kerabu. xtaw sebab apa, mulut aku time tu rasa macam ada nasi kerabu. bau dia sebijik macam kat bilik Nad sabtu lepas. seriously craving for it! pastu, Nad pun cakap laa kat aku. kan hujung minggu nie dia balik rumah. so, disebabkan aku craving nak kan nasi kerabu, dia pun nak..dia decided untuk ajak aku balik sekali dengan dia. pergi pasar malam cari nasi kerabu. haha! aku pun, directly say YES! haha! Thank you Nad. *hope she read it one day soon* 

btw, sini aku nak cerita sikit pasal aku. kalau korang nak tahu, aku lebih selesa ber'aku kau' dengan member aku. mungkin certain people rasa itu kasar. x hormat orang. NOPE! bukan aku x hormat, bukan aku kasar. tapi bagi aku bila aku bercakap dengan member atau people that I met for the first time dengan bahaskan diri aku 'aku'..itu boleh membuatkan aku dengan orang tu jadi rapat. selesa. sebab tu aku bahaskan diri aku 'aku' dalam blog nie. hehe. masa mula2 sampai semenanjung nie, aku try adapt dengan situasi kat sini dengan berbahasa melayu semenanjung. of course aku guna 'saya awak'. tapi bila dah jumpa member sekepala, aku akan terus b'aku kau. haha. lagi senang macam tu. x rasa janggal sangat. tapi kalau dengan orang yang senior umur dari aku, aku x boleh nk paksa diri aku b'aku dengan dia. terkeluar juga 'saya'. law x pun, 'org'. bukan bermaksud aku x rapat dengan orang yang aku bahaskan 'saya/org' dengan dia, tapi aku hormat dia. and if the're the same age with me, and I'm still using 'saya/org' with them, means that I still shy and embarrassed. hehe. =) 

Sekian itu sahaja yang terbaru dari saya. =)
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment