ikon twitter


Friday, 19 April 2013

aku pun terharu juga

wahhh, dah seminggu aku kat kolej nie since dari sabah ahad baru-baru nie. x sangka, begitu cepat masa berlalu. tanpa aku sedari kain baju aku dah seminggu juga laa x basuh lagi. ehh? apasal tetiba masuk pasai baju che pulak nie? haha! xpe, selingan je tu. jangan laa serious sangat baca entry baru aku nie. xnak tengok muka korang yang x berapa nak..emm..xde laa, gurau okey. senyum sikit? haa, kan cantik tu? hensemnya. comelnya korang senyum. haha! seminggu nie juga laa duit aku cepat je bergerak. Y^Y tolong weyy. kena jimat nie aku. tapi tangan dok gatai juga p beli itu, beli ini. ish3. kalau mak aku tahu nie, mati aku kena marah.

hmm, berbalik kepada tajuk entry kali nie..title yang agak mengelirukan, kan? aku terharu sampai nangis ke aku terharu sampai tersenyum indah? kawan ke dia sampai buat aku macam nie? kalau korang nak tahu, masa kelas Software Requirement Engineering *subject macam best tapi mengantuk giler kot aku dalam kelas dia* tadi, aku bosan giler dohh. So, aku g ambik hp and access internet. kalau x mukabuku, si burung biru *twitter* tu laa aku layan. layan punya layan, aku punya garismasa *TL* tu ada nama dia means dia tengah online laa kan? haha. TUP! dia mention aku. dia suruh aku aku baca entry terbaru dari blog dia. nak link? cari laa sendiri. dia dah follow aku kot. hehe. siapa? nanti aku bagtahu korang okey? hmm, aku pun baca je laa dengan hp nokia x5 aku yang comel macam tuan dia tu *comel ke?* walaupun x puas nak tengok dan baca melalui skrin yang agak kecik tu, aku kuatkan hati juga g baca. =) "Wahhhh~ Terharunya T.T" tu dia tajuk entry dia. perghhh. tajuk tu membuatkan aku menyangkakan dia nangis. tapi sebenarnya x. saja je suspen dia tu. 

so, aku pun baca laa. dengan senyuman yang xnak lari dari wajah aku nie. >.< aku rasa sepanjang aku baca tu, aku asyik pegang pipi aku je. risau lecturer kat depan perasan aku tengah senyum, panas sehh muka aku masa tu. rasanya merah kot kalau aku tengok kat cermin. blushing habis! nak tahu kenapa aku jadi macam tu? sebab dia cerita pasal 'kawan' dia kat dalam tu. 
tp kan, sorang kwn aku ni  lain dr yg lain.semua benda n tmpt kitaorg kwn.kwn kat fb,kwn twitter,kwn textg,kwn bila face to face.happy sgt.
happy sangat dia dapat kawan macam tu kan? dia gelar kawan dia tu Miss A. macam pelik je. A? aku ke? Ainur? oppsss, awak jangan marah taw kalau baca nie. hikhik. >.<  Yang aku xleh nak tahan gelak masa tu, dia cakap macam nie taw.
aku just nak share la yg dia tulis kat blog dia rata2 psl aku,wlupun tajuk lain tp still selitkan nama aku.hahaha. *gelak jer bila bca blog dia*
haha! macam mana dia tahu? agaknya dia dah baca kot entry aku yang aku tulis ada kaitan dengan dia tu. perghhhh~ serious punya malu masa tu. aku x pernah sangka yang dia akan baca blog aku suatu hari nanti. dan hari itu telah tiba. dia baca juga akhirnya.  MALUUUUUU! tapi mahu. ehh?? haha!

nie aku pinjam dari blog dia, with caption "Miss A and me"

wahhh, aku pula yang terharu baca entry dia tu. and akhir sekali, dia ada bagi nasihat/motivasi sikit untuk aku. *nasihat ke tu? motivasi ke? hmm, xtaw laa* "aku berhrap la yg dia slalu tulis benda kat dlm blog dia.hihi.aku berharap yg suatu hari nanti,perhubungan kitaorg akan kekal d samping dpt redha dan rahmat Allah :) in shaa Allah"   dia tulis macam tu kat belog dia. wahhh, ada supporter nie. happy sehhh. ingatkan dia nak marah sebab aku cerita pasal kitorang kat dalam blog aku nie, rupanya x. dia SUKA okey? aku ulang ya. dia SUKA. haha! ya, InsyaAllah, semoga perhubungan aku dan dia berkekalan hingga ke akhirnya di samping redha dan rahmat Allah. Aamiin. Doakan juga ya, korang? terima kasih sayang-sayangku sekalian. eh? still x tahu ke siapa dia tu? He is my Mr. I. a.k.a my Mr. 456. >.<

Sekian itu saja dari aku kali nie untuk korang. Jangan berhenti ikut cerita aku taw? terima kasih! 
Assalamualaikum. ;)

No comments:

Post a Comment